Cara Menenangkan Hati Pasangan Apabila Kalian Saling Tidak Sefahaman.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan yang dibina ini tidak akan selalunya membahagiakan dan akan sentiasa aman tanpa cabaran berserta ujian yang bertujuan menguatkan hubungan yang dibina. Oleh sebab itu, dalam perhubungan ini, pergaduhan, pertengkaran dan saling tidak sefahaman akan kerap kali berlaku. Apabila berhadapan dengan perkara sebegini, pastilah ia perkara yang akan membuat anda bingung perkara apa yang harus dilakukan. Dalam perbalahan ini, sudah pastilah salah seorang perlu mengalah. Jadi bagaimana nak tenangkan hati pasangan kita yang sedang panas itu?



1. Dengar dan perhatikan.

Komunikasi yang baik dicipta apabila anda mendengar satu sama lain untuk saling memahami. Bukan hanya mendengar kemudian menunggu giliran untuk menyuarakan apa yang anda rasakan. Oleh sebab itulah anda perlu dengar dan perhatikan apa yang pasangan anda suarakan. Bukan hanya mengikut perasaan sahaja. Perhatian apa yang akan dia sampaikan dan lihat riak wajahnya ketika lontarkan perkara tersebut. Jangan abaikan perkara sebegini.

2. Bicara dari hati ke hati.

Cuba, tukar gaya ucapan anda menjadi lebih lembut dan hangat. Tunjukkan juga bahawa anda benar-benar memahami apa yang dia katakan dengan membuat kesimpulan mengenai apa yang baru saja anda dengar. Contohnya, "Kedengarannya marah kerana saya terlupa untuk membalas sembang malam tadi, betul kan?" Tambah pernyataan bersimpati seperti, "Saya faham mengapa awak marah". Perbualan seperti ini dapat meningkatkan motivasi pasangan anda untuk menyelesaikan masalah anda. Selain itu, jangan ragu untuk mengatakan perasaan sebenar anda.

3. Jangan lari dari masalah.

Setelah anda menyatakan perasaan anda, langkah seterusnya adalah untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan pasangan anda. Bercakap mengenai masalah yang mencetuskan konflik anda dan cuba mencari penyelesaian bersama. Sebagai contoh, pasangan anda merasa kecewa kerana pertemuan anda dibatalkan. Anda boleh meyakinkan dirinya untuk pertemuan lain kali.



4. Minta maaf dengan ikhlas.

Sebelum meletakkan kesalahan dan kesilapan terhadap pasangan anda. Letakkan sedikit rasa bersalah terhadap pasangan anda dan bagaimana untuk memohon maaf. Pastikan anda memohon maaf dengan hati yang ikhlas bukannya hanya berniat untuk menghentikan pergaduhan sahaja.

5. Say “I love you” and mean it.

Apabila anda sudah tamat pertahankan diri, jangan lupa untuk ucapkan kata-kata ini. Apabila anda lakukan perkara sebegini, ia cepat menyejukkan hati pasangan anda. Pasangan anda akan lebih mudah untuk reda kemarahannya jika anda tidak lupa untuk ucapkan perkara ini walaupun kalian sedang bergaduh.

Dalam hubungan ini ia perlukan komitmen dan usaha. Maka dengan itu jangan lupa untuk sentiasa melakukan perkara tersebut. Barulah hubungan itu tidak mudah renggang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen