5 Benda Pada Lelaki Yang Wanita Pandang.

Oleh: Rafi

Wajah kacak tentulah boleh mencairkan hati para gadis, lagi teruk kalau mak-mak gadis turut lutut menggeletar. Kacak, bergaya dan sado sahaja tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan masa hadapan. Tapi apakah kriteria lain selain kacak yang di pandang oleh wanita? Tapi bagi lelaki-lelaki yang sedang membaca artikel ini, awak semua jangan stereotaip sangat sebab selain menghabiskan duit pergi spa, melaram bagaikan awak itu wak doyok sekalipun, perempuan akan pandang jugak beberapa kriteria selain tahap rupa wajah seseorang itu.



1. Perempuan suka lelaki bijak dan berkerjaya.

Perempuan memang cair kalau tengok lelaki bijak lagi-lagi kalau lelaki itu berkerjaya. Bijak itu termasuklah dalam mengawal suasana, membuat keputusan, buat kerja pun tak perlu disuruh dan yang paling penting boleh tolong cari jawapan menggunakan idea mereka itu di waktu kecemasan.

2. Perempuan suka lelaki Kelakar.

80% perempuan di dunia ini akan memilih lelaki yang kelakar berbanding lelaki handsome. Sebab lelaki kelakar boleh membuatkan mood perempuan yang sedih berubah menjadi gembira, tapi kalau handsome mungkin ada risiko kena kebas kot? Betul ke tak betul.



3. Perempuan suka lelaki ‘family guy’.

Tengok macam mana lelaki itu melayan family dan ibu dia. Lelaki yang penyayang dan mengutamakan keluarga ini akan kelihatan lebih menarik dan hangat pada pandangan wanita. Tak percaya pergilah ‘dating’ bawa anak buah anda mesti awek anda terbuai punya.

4. Perempuan suka lelaki pandai masak, main muzik, menyanyi & bersukan.

Tak tentu juga ini, memang perempuan akan suka bila lelaki tu ada kelebihan bakat tertentu. Tapi sesetengah perempuan memang cukup suka apabila lelaki pandai masak, atau memang pandai main muzik. Kalau anda ada hobi-hobi tertentu macam ni, maksudnya anda memiliki daya penarik yang lebih sikit dari yang lain!

5. Perempuan suka lelaki pemurah tapi pandai kawal kewangan.

Perempuan memang pantang kalau dia tengok lelaki itu ada memiliki sifat-sifat gemar menderma, sebab ia menunjukkan seperti anda ni ikhlas, bertanggungjawab, prihatin. Tapi bukan kata mereka ini suka anda bersifat pemurah dalam membeli-belah. Perempuan suka kalau lelaki pandai merancang hal kewangan, barulah nampak serious sikit dalam hidup tu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen