10 Perkara Yang Anda Perlu Ingat Agar Tidak Berubah Ketika Sedang Hangat Dilamun Cinta.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cinta itu begitu mengasyikan sehinggakan anda mungkin akan terbuai dengan begitu lama, namun bila terasa sakit baru anda sedar akan kesakitan disebalik kebahagiaan. Disebabkan begitu asyik dengan cinta jugalah akan membuatkan anda tidak sedar bahawa diri anda sedang berubah menjadi orang yang lain. Mungkin dahulu anda seorang yang pentingkan rakan, kini anda telah melupakan segala jasa mereka. Kalau dahulu anda begitu patuh dengan ibu bapa kini, anda sanggup menipu mereka demi pasangan anda.

Begitu terleka sekali apabila terkena panahan cinta ini hingga membuatkan ramai orang berubah diri mereka. Jika ia satu perubahan yang baik tidak mengapa, tetapi yang membimbangkan adalah perubahan yang sebaliknya. Oleh sebab itu anda perlu ingat 10 perkara ini ketika sedang hangat dilamun cinta.



Antara yang perlu anda ingat ialah:

1. Jangan lakukan segala-gala demi pasangan anda hanya untuk membuat dia bahagia sedangkan ia membawa kemudaratan kepada diri anda sendiri.

2. Hubungan yang baik adalah dia faham akan masa anda. Bukan kerana dia adalah kekasih anda hingga menghalang anda menghabiskan masa untuk keluarga dan rakan-rakan anda.

3. Apabila saling percaya antara satu sama lain, dia tidak akan memaksa anda untuk menyerahkan password akan perkara yang penting termasuklah media sosial anda.

4. Anda sebagai pasangan pasti ingin sentiasa menemaninya dalam melakukan segala aktiviti yang diminati tapi pada masa yang sama jangan lupa apa yang anda minat. Melainkan kalian mempunyai minat yang sama.

5. Jangan sampai lupa kalau anda juga harus menghormati me-time pasangan. Sekiranya ini berlaku, identiti anda tidak akan hilang.



6. Sentiasa sibuk ingin memastikan matlamat pasangan anda tercapai dan sentiasa berada di belakangnya, jangan sentiasa melihat matlamatnya, pastikan anda juga capai matlamat hidup anda.

7. Jika anda perasaan dia telah mengubah diri anda, anda harus berterus terang dengannya. Pasangan yang baik tidak akan mengeluh akan perkara sebegini.

8. Belajar dan ikhlas untuk memahami kekurangan pasangan. Pasangan yang baik tidak akan minta anda menjadi seseorang yang berbeza.

9. Anda perlu memahami diri anda dahulu dalam menentukan apa yang anda mahukan dalam perhubungan. Bukannya hanya membiarkan dia bahagia manakala anda sengsara.

10. Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik. Jangan anda melawan kata-kata mereka kerana hubungan yang belum tentu berakhir dengan perkahwinan.

Perkara-perkara sebegini sering kali akan terlupa apabila terlalu leka dilamun cinta. Anda yang menganggapnya sebagai remeh tapi bila sudah terasa kesakitannya barulah ingin memperbaiki perkara tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen