“Isteri Tentu Berasa Terharu dan Bahagia Sekiranya Suami Dapat Membantu Ketika Dalam Pantang…”

Ketika seorang isteri dalam pantang setelah melahirkan anak, sudah tentu tenaga kudratnya menjadi sangat lemah termasuklah emosinya sendiri. Dan ketika pada saat ini jugalah seorang suami perlu menjadi kuat untuk menyokong emosi  isteri yang dalam keadaan tidak stabil.

Jom hayati luahan hati seorang isteri ini kepada suaminya…

********

Abang... Maafkan sayang kerana alahan ini membuatkan abang tak tentu arah. Abang terpaksa menguruskan sayang dan anak - anak sendirian.

Sayang memang tak larat. Nak bangun tidur pun satu perkara yang amat berat untuk dilakukan. Sayang tengok abang berpeluh - peluh mengemas rumah, menyediakan makan dan pakai anak dan membantu sayang dengan sedaya upaya.

Syukurnya sayang dapat bersuamikan abang. Sayang tak sangka abang sanggup bersusah payah demi sayang. Abang sentiasa ingatkan sayang, apa yang abang buat tu takkan terbanding dengan apa yang sayang beri untuk abang dan keluarga.

Terima kasih selalu gosokkan badan sayang semasa sayang muntah. Sayang sakit sangat. Perit betul tekak nie. Badan sayang memang tak lemah. Leganya rasanya bila abang tolong urut sayang.

Tapi, sayang tak sanggup tengok abang macam nie. Abang tengah fokus untuk jadi lebih sihat kat gym. Sayang sentiasa bangga bila abang semakin lama semakin fit dan kuat. Seronok bila abang balik dari gym dan cerita abang buat apa, angkat berat berapa, lepas tu buat gaya - gaya macam orang bina badan. Hehehe.. Comel sangat.

Tapi abang terpaksa tinggalkan tu semua kerana masa abang semuanya ditujukan buat kami sekeluarga. Habis semua usaha abang selama nie terbantut kerana sayang. Abang tak sempat lagi nak ke gym. Tapi abang sentiasa pujuk hati sayang, abang tak pernah salahkan sayang. Abang tetap berkeras yang ini semua memang tanggungjawab abang.

Sayang tak larat nak masakkan buat abang dan anak - anak. Comel sangat bila abang cuba masak untuk kami. Anak - anak suka tau nasi goreng yang abang buat. Sayang pun kadang - kadang suka. Kadang - kadang tak suka. Hehehe... Cuma, buat masa nie sayang memang takde selera langsung nak makan. Maafkan sayang ye abang.

Abang, sayang semakin sakit dengan alahan nie. Sayang tak sanggup dah tengok abang tertunduk kepenatan menguruskan kami semua dan bekerja dalam masa yang sama. Abang, izinkan sayang pulang

ke rumah Mek dan Abah di kampung buat sementara waktu. Sekurang - kurangnya dapat kurangkan beban abang kat sini. Di kampung, ramai yang boleh bantu sayang.

Abang, sayang tahu abang boleh jaga kami. Tapi sayang tak sanggup tengok abang susah. Terima kasih kerana benarkan sayang balik kampung. Biar Akbar tinggal di kampung dengan sayang. Abang uruskan Jasmine dengan persekolahan dia ye. Sayang janji lepas alahan nie hilang nanti, sayang balik semula.

Sedihnya tengok post abang pasal Jasmine tertido dalam kereta. Kesian dia terpaksa ikut abang pergi kerja hari - hari. Tapi abang pandai jaga dia, nampak dia seronok dengan papa dia. Sabar ye abang, tak lama lagi abang dah boleh ambil sayang.

Gembiranya sayang dan Akbar bila abang datang ambil kami. Rindu sangat kat abang dan Jasmine.

Abang, sayang rasa bersyukur abang sentiasa temankan sayang ke klinik kesihatan. Terima kasih tolong jagakan anak - anak terutamanya si Akbar tu. Memang tak nak duduk diam dia. Hehe.. Abang terkejar sana - sini melayan karenah dia.

Sayang sebenarnya sedih tau bila tengok ibu dan bakal ibu yang lain datang sendirian. Sampaikan ada yang terpaksa membawa 2 3 orang anak sekali. Sayang tahu ada yang kata mereka selesa datang bersendirian, tetapi jauh di sudut hati mereka, sayang tau yang mereka juga perlukan suami mereka untuk menemani mereka di saat ini. Mungkin memang ada perkara yang tak boleh mereka elakkan kan abang?

Semoga urusan mereka semua dipermudahkan.

********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen