Kenapa Orang Lelaki Lebih Pilih Untuk Pendam Perasaan Berbanding Meluahkannya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang sangka bahawa orang lelaki ini mempunyi keberanian yang melebihi kaum wanita. Mana tidaknya, mereka ini berani untuk mempertahankan buah hati kesayangannya apabila berhadapan dengan perkara yang buruk. Tidak hanya itu, mereka ini juga berani untuk melakukan perkara-perkara yang mencabar. Tidak seperti wanita, mereka ini lebih cepat mengalah dari memulakan langkah.

Jadi sudah tentu ramai wanita berpendapat bahawa lelaki ini akan lebih berani untuk meluahkan hati perasaan mereka. Sebenarnya, mereka ini tidak mempunyai keberanian yang cukup akan perkara ini. Banyak sebab mengapa mereka tidak berani untuk luahkan perasaan, jom ketahuinya.




1. Merasakan lebih baik hubungan begini dari berjauhan.

Jika nada bermula dari sebagai seorang rakan yang telah lama saling kenali antara satu sama lain, pasti ia akan memberi kesukaran untuk dirinya meluahkan isi hatinya. Mana tidaknya, dia takut jika hubungan yang ada pada ketika ini akan musnah hanya kerana dirinya meluahkan perasaannya. Maka dengan itu, adalah lebih baik sekiranya hubungan tersebut kekal sebagai rakan dan kalian tidak bermasam muka.

2. Dirinya masih belum bersedia.

Meluahkan perasaan bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun orang lelaki ini mempunyai keberanian dan kelihatan gagah, itu tidak bermakna ia berami untuk melakukan perkara sebegini. Oleh itu dia perlu pastikan bahawa dirinya cukup bersedia untuk meluahkan perkara tersebut. Itu semua akan bergantung pada kelakuan wanita yang disukainya itu.

3. Risau jika anda menolak dirinya.

Apa yang paling merisaukan adalah perkara sebegini. Orang lelaki takut sekiranya dirinya ditolak atau dia terkena friendzone oleh anda. Sebab itulah mereka ini agak payah untuk meluahkan perasaan mereka. Mana tidaknya, anda ini begitu mudah mesra dengan orang sekeliling anda, boleh jadi dia yang salah anggap terhadap kemesraan yang anda lakukan.



4. Takut jika perkara lama berulang lagi.

Boleh jadi juga, dia tidak meluahkan perasaan kerana dia tidak mahu hubungan yang baru ini akan berakhir sama seperti hubungan terdahulu. Jadi lebih baik dia kekal begini berbanding dia perlu kehilangan rakannya.

5. Jaga air muka.

Orang lelaki ini biasanya adalah seseoramg yang sedikit ego dan menjaga air mukanya. Maka dengan itu, apabila dirinya ditolak pasti dia merasakan bahawa itu perkara yang sangat memalukan dan mencabar egonya. Tapi kalau wanita yang meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu, ia pasti adalah perkara yang diingini.

Tidak kisahlah siapa yang akan meluahkan perasaan dahulu, tapi apa yang perlu anda ingat adalah jika anda tidak memulakan langkah lebih awal, anda akan kehilangan orang yang anda sukai.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen