Senang Sahaja Rupanya Nak Buat Isteri Ceria Dan Tidak Lagi Stress. – Ikuti Kisah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Emosi isteri ini adalah penyeri dalam rumahtangga. Mana tidaknya, apabila emosi isteri ini terganggu, seluruh isi rumah juga akan terganggu, baik dari si suami mahupun anak-anak. Yelah, apabila emosi tidak dalam keadaan baik, segala perkara yang ada akan menjadi salah dimatanya, cuba kalau moodnay dalam keadaan yang baik, pasti tenang sahaja situasi di rumah.

Banyak orang takt ahu bahawa nak buat seorang isteri ini ceria mmudah sahaja. Anda perlu bijak untuk memanjakan mereka serta memahami apa yang dirinya mahukan. Mereka ini kalau dapat barang yang mereka mahu, emosi yang tegang pun boleh berikan senyuman yang manis. Tak percaya? Jom baca kisah dari Dr. Taufiq Razif ini.



Saya duk perhati lama dah isteri saya ni. Kalau balik je daripada 5 tempat ni mesti wajah dia berseri seri macam baru balik melancong :

1. Kedai 2 ringgit

2. Kedai jual tudung

3. Masjid atau tempat usrah

4. Guardian

5. Balik dari tempat kerja

Yang no 1 hingga no 4 tu saya faham lagi la. Yela, Me Time dia la kan. Cuma yang no 5 tu saya pelik. Isteri saya ni doktor kat Klinik Kesihatan. Kerja bertimbun. Pesakit ramai. Beban kerja pun boleh tahan banyak.

SELALU JE MENGELUH PENAT tapi kadang-kadang tu dia balik dengan wajah ceria macam baru balik honeymoon.



Haisshhh tak boleh jadi ni!!! Curiga la jugak kan 😅

" Baik sayang jujur. Ada benda sayang tak bagitahu abang kan?"

Dia tersenyum sambil buka mulut..

" Abang bagus tau beli mainan anak. Bagus untuk pendidikan. Pastu tudung ni kan macam makcik makcik la. Cantik kan tudung baru ni kan....bla bla bla " ( panjang sungguh ceritanya sebab isteri saya ni ekstrovert sikit )

Ya Rabbi. Patut la muka berseri bila balik kerja rupanya masa orang tengah rehat dia pi shopping kat shopee.

Itulah isteri kita ye wahai bapak bapak yang mulia. Ada masa kita kena tegas, ada masa kita kena manjakan dia.

Kita ni ibarat pemburu yang mencari hasil buruan. Siapa lagi nak makan hasil buruan kita kalau bukan pasangan hidup kita kan?

Tu la kenapa saya selalu kata kalau rezeki kita sendat dan macam tersekat, cuba periksa diri kita. Mungkin kita terlupa nak salurkan rezeki kita pada anak dan isteri kerana rezeki mereka ni Allah salurkan melalui tangan tangan kita.

KITA TAK SALUR, BAGAIMANA KITA NAK ALLAH HULUR?

Taufiq Razif,

Sampai Sekarang Tak Pandai Membeli Di Shopee Tapi Kebanyakan Duit Saya Ada Kat Dalam Shopee.

p/s : Saya tak berkira dengan isteri pun sebab dia tak pernah berkira dengan saya. Sabor je dia kalau saya tengah sibuk.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen