“Buat Apa Susah-Susah Tanggung Hutang Beli Rumah, Lebih Baik Sewa Aje…”

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak nak dibebani hutang menyebabkan ramai orang lebih selesa untuk menyewa rumah berbanding dengan membeli rumah sendiri. Harga rumah yang mahal berserta dengan pengurusan yang melecehkan menyebabkan ramai yang memilih untuk menyewa.

Namun begitu, kita tidak tahu apa akan terjadi dikemudian hari. Bagaimana jika rumah yang kita sewa itu telah begitu selesa untuk kita, tapi tiba-tiba tuan rumah pula nak jual rumah tersebut. Apa akan jadi dengan kita? Pasti akan mula sibuk mencari rumah baru untuk diduduki, tapi sewa pula semakin mahal.

Pada ketika inilah anda akan terkesan dengan harga sewa rumah yang mahal serta kos sara hidup yang lain. Tak akan pada ketika itu baru terfikir nak membeli rumah sedangkan persediaan tidak ada. Mari baca perkongsian dari Harith Faisal ini agar anda terdetik untuk membeli rumah dalam usia yang muda.



SAYA TAK NAK DIBEBANI HUTANG RUMAH!

1. Saya tak terkejut bila baca pengakuan seorang warga kota yang selesa sewa rumah dah lima tahun dan dia takda niat pun untuk beli rumah sebab tak nak dibebani hutang.

2. Boleh Google "Astro Awani beban hutang beli rumah" untuk baca berita penuh. Menyewa rumah memang senang, sebab boleh pindah randah. Tapi rumah tu bukan milik dia.

3. Bagi orang biasa, dia rasa terbeban bila beli rumah sebab fikir kena bayar hutang sampai 35 tahun. Kalau sekarang umur 30 tahun, masa umur cecah 65 tahun baru habis bayar.

4. Dia juga risau kalau sebelum habis hutang, roh pergi meninggalkan jasad. Mungkin dia tak pernah tahu yang rumah dibeli tu akan dilindungi takaful MRTT atau MLTT.

5. Mungkin dia tak perasan yang harga rumah ada yang naik lebih RM100,000 dalam masa 5 tahun ni. Dan tak mustahil perkara yang sama tu akan berulang lagi nanti.

6. Katakan gajinya RM3,000. Bagi saya, untuk duduk rumah sendiri, ansuran bulanan kalau boleh biarlah kurang 40% daripada gaji. RM3,000 x 40% = RM1,200.



7. Dengan RM1,200 boleh layak pembiayaan rumah RM240,000. Carilah rumah yang harga sekitar tu. Memang tak dapat kat sebelah KLCC. Boleh cari yang jauh sikitlah.

8. Sebaiknya cari kat kawasan yang mudah cari penyewa. Mana tau satu hari nanti nak pindah tempat kerja. Rumah tu boleh disewakan. Malas nak sewakan? Jual pun dapat untung.

9. Terbeban ke bayar bulanan RM1,200 dengan gaji RM3,000? Masih ada lebih RM1,800 untuk belanja sebulan. Bajet untuk sewa rumah dah boleh buang, sebab dah ada rumah sendiri.

10. Tak cukup RM1,800 sebulan? Pasangan kena bantu cari side income RM1,200. Jadi, total duit belanja dah jadi RM3,000. Nak cukup, kena hidup macam orang gaji RM3,000-lah.

11. Gaji makin lama makin naik. Takkan selamanya RM3,000. Ansuran bulanan masih kekal sekitar RM1,200. Jadi, makin lama RM1,200 tu akan jadi semakin kecil nilainya.

12. Ini yang kita kata, bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Yang bestnya, harga rumah RM240,000 tu makin naik juga. Entah berapalah harganya lepas 35 tahun.

13. Kita ambil kiraan paling cikai, purata kenaikan rumah 5% setahunlah. Rumah tu akan miliki harga pasaran setinggi RM1.3juta. Boleh tengok kiraan kat bahagian komen.

14. Berapa yang dia bayar sepanjang 35 tahun tu? RM1,200 x 35 x 12 = RM504,000 sahaja. Kalau kita tolakkan daripada nilai rumah tu, berapa untung dia? RM796,000 tau tak.

15. Itu kalau dia duduk sendiri rumah tu. Kalau dia sewakan macam pelabur hartanah kapitalis selalu buat tu, dia untung semua RM1.3juta tu. Haha! Dahlah bulanan penyewa bayarkan.

16. Akhir kata, jangan marah pelabur hartanah dah. Sebab doranglah yang tolong sediakan rumah sewa. Khas untuk orang yang kata beli rumah sendiri itu adalah satu bebanan.

Sekian tazkirah Maghrib. - HF



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen