Tahap Kesihatan Anda Boleh Diketahui Melalui Keadaan Kuku? Jom Periksa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Keadaan tubuh badan ini selalunya akan memberikan kesan-kesan atau tanda terhadap masalah kesihatan tubuh badan kita. Cuma kita sahaja kadang kala tidak cukup perihatin akan perkara sebegini. Mungkin bagi kita ia adalah perkara yang normal berlaku, sedangkan ia ingin memberitahu atau memberi peringatan kepada kita.

Untuk melakukan pemeriksaan doktor, sudah pasti ramai yang tidak mempunyai banyak masa. Sebab itulah ramai yang memilih untuk pergi berjumpa dengan mereka apabila masalah kesihatan mula serius. Tapi dengan mengenali tanda-tanda seperti ini, mungkin ia akan membantu anda untuk segera memeriksa masalah kesihatan anda.



Terutama keadaan kuku yang terlalu mudah untuk kita lihat dan belek. Melalui kuku anda boleh meneka keadaan kesihatan anda. Namun begitu, ia tidak akan timbul sekiranya anda mewarnakan kuku anda.



1. Kuku yang pucat.

Kuku yang pucat ini biasanya memberi tanda terhadap tubuh badan anda yang mengganggu anda. Ia mungkin adalah salah satu tanda terhadap penyakit anemia, penyakit hati , malnutrisi, dan risiko kegagalan jantung.



2. Kuku yang putih.

Jika kuku anda berwarna putih dan disertakan dengan tepi hitam, ini boleh menjadi petunjuk ada gangguan yang menyerang hati anda. Satu contohnya ialah hepatitis.



3. Kuku kuning.

Apabila terjadinya kuku kuning ini adalah masalah kulat pada kuku tersebut. Jangkitan kulat bertambah teruk apabila kuku anda berubah menjadi tebal dan hancur. Namun, untuk kes-kes yang jarang berlaku untuk kuku kuning ini adalah, ia penunjuk kepada penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes dan psoriasis.



4. Kuku sedikit berkilau.

Apabila anda mempunyai warna kuku sebegini, ia menunjukkan bahawa anda kekurangan oksigen. Bahkan ia juga adalah pertunjuk bahawa anda mempunyai masalah yang berkaitan paru-paru. Sesetengah masalah jantung juga boleh dikaitkan dengan kuku yang kebiruan.





5. Keadaan kuku yang bergaris.

Jika anda miliki keadaan kuku yang bergaris dan tidak begitu rata di pemukaannya, ia boleh menjadi tanda kepada keradangan arthritis atau psoriasis. Ia adalah perkara biasa untuk warna kulit di bawah kuku tersebut kelihatan coklat kemerah-merahan.



6. Kuku yang mudah rosak.

Kuku kering dan mudah patah sering dikaitkan dengan penyakit tiroid. Jika kuku pecah dengan warna kekuningan, ia lebih disebabkan oleh jangkitan kulat.



7. Baris hitam dibawah kuku.

Sekiranya anda mendapat tanda ini pada kuku anda, semak dengan segera. Kemungkinan besar garis itu disebabkan oleh melanoma , kanser kulit yang paling berbahaya.



8. Kulit merah dipangkal kuku.

Sekiranya kulit di sekitar kuku kelihatan merah dan bengkak, ia adalah satu bentuk keradangan. Jangkitan ini juga boleh merebak ke lipatan kuku.

Jangan terlalu memandang ringan terhadap kesihatan tubuh badan anda. hal ini kerana, kesihatan yang baik itu sukar untuk dimiliki, jadi adalah lebih elok anda menjaganya dengan baik ketika sedang sihat ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen