Sebagai Wanita Berhijab, Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ingin Rambut Yang Sihat.

Rambut adalah mahkota seorang wanita yang memerlukan penjagaan rapi supaya ia tidak berbau dan kepam. Perkara ini pasti ingin dielakkan oleh para gadis malahan wanita kerana ia bakal menganggu setiap pergerakan mereka. Yelah, mana tidaknya, asyik tergaru-garu dan gelisah ketika rambut gatal.

ia juga mencetuskan anda berasa malu untuk berjumpa dengan sahabat handai, atau khuatir jika teman lelaki boleh terbau kepam di kepala, atau pun segan jika si suami dapat melihat kepingan kelemumur di tudung. Wanita yang berkahwin juga pasti merasakan dirinya insecure sekiranya si suami melihat rambut seperti terlalu berminyak dan ‘melepet’.

Jadi, jom ikuti tips mudah ini supaya rambut anda akan kekal sihat dan cantik walaupun berhijab sepanjang hari…

1. Jangan mengikat rambut terlalu ketat.

Jika anda mengikat rambut terlalu ketat, anda akan sering mengalami rambut gugur yang berpanjangan. Anda guna shampoo anti-gugur sekalipun, ia masih tidak dapat memberi pencegahan pada rambut gugur tersebut. Jadi, ikatlah rambut anda dengan sedikit longgar dan rendah. Jangan ikat ponytail yang terlalu tinggi kerana tiada ruang untuk rambut boleh bernafas dan bergerak di sebalik hijab.

2. Jangan basahkan rambut sebelum memakai tudung.

Ramai sahaja dikalangan wanita yang ingin membasahkan rambut di awal pagi kerana tidak selesa lalu terus sahaja memakai tudung. Situasi ini mungkin berpunca dari kelewatan untuk pergi ke tempat kerja atau ke kelas. Ini akan menyebabkan rambut anda berbau kepam dan masam. Jika anda lakukan perkara ini terlalu kerap, ia akan menimbulkan masalah kelemumur pula. Jangan lupa guna hair dryer ya!

3. Jangan malas sikat rambut dan urut kulit kepala!

Ada sahaja sebahagian wanita yang terlalu gemar membiarkan rambut basah kering mengurai tanpa disikat. Kemudian, apabila sudah kering terus sahaja mengikat rambut dan memakai tudung. Inilah puncanya anda sering mudah mengalami sakit kepala, kerana aliran darah dikepala tidak dapat berjalan dengan lancar.

Jadi, rajin-rajinlah sikat rambut anda sambil mengurut kulit kepala. Jika ada minyak rambut atau minyak kelapa, jangan lupa letakkan sedikit. Urutan sebegini pasti membuat anda berasa lega setiap hari!

4. Jangan kerap ikat rambut ketika tidur.

Dengan cuaca yang amat panas, pasti anda berasa rimas dengan rambut yang panjang tanpa diikat ketika tidur, kan? Jika ketika tidur pun anda mengikat rambut dengan ketat, akar rambut akan menjadi lemah dan berlakulah keguguran rambut yang drastik.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, simpul rapi rambut tersebut tanpa getah dan biarkan ia ke atas, jangan jatuh ke bawah dimana kepala anda akan menghimpit rambut tersebut.

5. Jangan malas tukar inner tudung!

Dan yang paling penting adalah, jangan malas menukar anak atau inner tudung, ya! Inner atau anak tudung yang terperap juga perlu diganti dan dibasuh, cukuplah guna 3 kali sehari jika tidak berpeluh. Kalau anda active sukan, tukarlah sekerap mungkin. Kuman di inner ini akan merebak ke muka, yang akhirnya akan menyebabkan jerawat. 

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen