“Anak Sendiri Menjadi Tersepit Antara Ibu Dengan Pasangan…” Sebagai Ibu Mertua, Jangan Lakukan 4 Kesalahan Ini Pada Anak Menantu.

Konflik antara ibu mertua dengan anak menantu seperti tiada kesudahan. Situasi sebegini seolah-olah terikut-ikut dengan filem Allahyarham P.Ramli iaitu ibu mertuaku. Ibu mertua dianggap kejam kerana mahukan anaknya berkahwin dengan orang kebanyakan sahaja. Namun, orang yang biasa-biasa hanya dipandang sebelah mata.

Situasi sebegini sedikit sebanyak menekan emosi si anak untuk memilih calon jodoh. Tetapi ada sahaja yang memiliki ibu mertua yang sangat baik dan tidak terlalu negatif dalam menilai sikap anak menantunya. Antara perkara yang selalu menjadi kesalahan adalah…

1. Gemar membanding antara anak menantunya.

Situasi sebegini seperti menjadi tradisi dan tiada kesudahan. Yang bekerjaya dipandang tinggi. Yang berharta sering mendapat perhatian, tetapi tidak bagi mereka yang berjawatan biasa. Terlalu membandingkan anak menantu ini sudah pasti akan menganggu emosi anak menantu termasuk anak kandung sendiri kerana jiwa tidak dapat merasai kebahagiaan yang mutlak.

Pada awal perkahwinan mungkin ibu mertua nampak begitu gembira menyambut anak menantunya, akan tetapi semuanya berubah apabila berlaku sedikit masalah di tempat kerja, kekangan kewangan, dan seumpama dengannya. Jika ibu mertua tidak berlapang dada menerima takdir anaknya sebegini, pasti akan berlaku perbalahan.

Bersiap sedia.

2. Memiliki anak menantu favorite.

Jika sudah gemar membanding anak menantu, pasti si ibu mertua memiliki anak menantu favorite sebenarnya. Anak menantu yang lain disisihkan dan seperti mengagungkan anak menantu kegemarannya sahaja. Tidak elok. Cucu yang lihat kelak akan merasakan, mereka juga akan disisihkan jika tidak dapat memuaskan hati neneknya nanti.

3. Mengkritik di belakang menantu.

Sebagai kaum wanita yang penuh dengan emosi, dan bercakap tanpa henti pasti sukar untuk tidak mengkritik sesiapa sahaja pada satu hari. Elakkan berkata belakang tentang anak menantu yang bukan favorite pada anak menantu favorite anda. Kelak kritikan tersebut akan berjangkit dan terbawa-bawa sehingga sampai ke telinga empunya diri tersebut.

Situasi sebegini akan menyebabkan si ibu mertua akan mengalami gangguan emosi malah psikologi.

4. Mempengaruhi anak sendiri.

Situasi sebegini juga sering terjadi apabila ibu mertua tidak berpuas hati dengan anak menantunya. Si ibu merasakan pasti anaknya sendiri akan mendengar kata-katanya, kerana dia adalah seorang IBU dan seorang anak perlu PATUH dengan semua perintahnya, tanpa menjadi anak derhaka. Mempengaruhi minda anak untuk membenci pasangannya sendiri adalah tanda masalah hati.

Jika perkara ini kerap terjadi, khuatir akan berlakunya penyakit hati yang sukar untuk diperbaiki. Elaklah daripada melakukan perkara-perkara berkenaan. Sekali hati telah rosak, susah hendak diperbaiki semula. Kalau hati sudah mula berprasangka keluarga besar yang bahagia mungkin hanyalah cerita sebab sukar direalisasikan lagi.

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang mempunyai (melakukan) kezaliman kepada saudaranya, hendaklah dia membebaskan dirinya daripada kezaliman tersebut (meminta maaf) kerana sesungguhnya (pada hari kiamat) dinar dan dirham tidak akan memberi manfaat sedikit pun, sebelum amalan kebaikannya diambil untuk saudaranya (bagi menebus kezaliman yang dilakukan). Jika dia tidak mempunyai kebaikan lagi, maka akan diambil kejahatan yang dimiliki saudaranya dan dilemparkan ke atasnya.”- (Riwayat Bukhari)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen