Betul Ke Lelaki Lebih Bahagia Bila Isteri Lebih Tua?

Kisah teladan boleh dihayati menerusi kehidupan berumahtangga Rasulullah S.A.W. bersama Siti Khadijah.

Apakah hikmah di sebalik pernikahan Rasulullah S.A.W. dengan Siti Khadijah yang usianya lebih tua 15 tahun? Pada ketika itu, usia baginda baru menjangkau 25 tahun manakala isteri yang paling disayanginya itu sudah berumur 40 tahun. Dengan perbezaan usia tersebut, adakah pasangan suami isteri hari ini mampu mengecapi kebahagiaan yang serupa sebagaimana Rasulullah S.A.W.?



Allah SWT telah menetapkan golongan lelaki sebagai pemimpin sesebuah rumahtangga. Pada kebiasaannya, pemimpin itu adalah mereka yang mempunyai usia yang lebih matang berbanding dengan bawahannya. Walaubagaimanapun, Rasulullah S.A.W. menafikan pendapat tersebut sekaligus membuktikan bahawa kematangan keperibadian tidak bergantung kepada usia seseorang itu semata-mata.

Sangat menarik pengajaran yang telah ditunjukkan oleh pasangan mulia, Rasulullah S.A.W. dan Siti Khadijah yang berjaya menjadi contoh terbaik sebagai pasangan pejuang yang bahagia. Mungkin bagi sesetengah pasangan sukar untuk mencapai ke tahap tersebut kerana isteri yang lebih tua daripada suami lebih cenderung bersikap dominan. Mari kita semua mencontohi teladan yang ditunjukkan oleh pasangan Rasulullah S.A.W. dan Siti Khadijah R.A. ini.



Berkepimpinan mulia.

Allah SWT menetapkan kematangan yang cepat kepada pemuda bernama Muhammad S.A.W. ini berbanding dengan pemuda-pemuda lain yang seusia dengannya. Jika pemuda lain yang usia tersebut masih lagi bersenang-senang dengan kekayaan dan perempuan, namun Muhammad S.A.W. semenjak kecil lagi telah diciptakan oleh Allah SWT dengan keadaan terjaga daripada segala maksiat.


Ketika kanak-kanak lain masih lagi bermanja dengan ibu masing-masing, baginda sudah kehilangan ibu tercinta pada usia enam tahun. Begitu juga selang beberapa tahun kemudian, datuk baginda yang sempat menjaganya selama dua tahun turut meninggal dunia. Sangat berat ujian yang terpaksa baginda tanggung pada usia yang sangat muda. Baginda sudah mula ikut berdagang dan mengembala kambing untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kesukaran hidup yang perlu dijalani sejak kecil lagi membuatkan peribadi baginda menjadi lebih cepat dewasa berbanding usianya. Baginda menjadi seorang pemuda yang berjiwa pemimpin, suka bekerja keras, jujur, amanah dan suka membantu orang lain. Demikianlah, jika seorang lelaki boleh bersikap sematang ini, maka tidak menjadi masalah berapa pun usia isterinya. Mereka mampu untuk menguruskan isterinya dengan bijak berkat daripada kematangan peribadinya. Hal yang sama dengan Siti Khadijah, seorang janda yang sudah biasa menguruskan dirinya sendiri. Beliau yang juga seorang peniaga yang menguruskan sendiri perniagaannya dan puluhan anak buahnya. Ia sekaligus menjadikan seorang isteri itu menjadi lebih dominan daripada suaminya. Akan tetapi, ia tidak berlaku dalam kehidupan rumahtangga pasangan mulia ini kerana Rasulullah S.A.W. bijak menyeimbangkan sikap dominasi isterinya dan mampu menjadi pemimpin yang baik.



Isteri yang taat.

Tanpa ketaatan daripada isteri, rumahtangga yang dibina mungkin akan mengalami kehancuran disebabkan kedudukan Siti Khadijah R.A. sebagai peniaga yang kaya dan mempunyai ramai pekerja serta sudah terbiasa memimpin mereka. Namun selepas ikatan pernikahan yang sah dengan Rasulullah S.A.W., beliau sanggup meletakkan seluruh kehebatannya demi mendapat redha Allah SWT dan suaminya. Malahan, beliau membuktikan ketaatannya dengan menyerahkan seluruh pengurusan perniagaannya kepada suaminya yang tercinta. Ini merupakan satu pengajaran yang baik kepada kaum wanita pada hari ini, yang memiliki kedudukan seperti Khadijah yang memiliki kekayaan dan pekerjaan melebihi suaminya. Siti Khadijah tidak sombong dengan perniagaan dan kematangan usia berbanding suaminya. Beliau rela berada di bawah kepimpinan suaminya, menghormati keputusan dan kebijaksanaan suaminya serta tidak mengutamakan pendapatnya sendiri. Apabila isteri mengagungkan kedudukan dan merendah-rendahkan suami, itu merupakan petanda kepada keluarga yang tidak harmoni. Ini kerana kelemahan dan kesalahan suami akan lebih diperbesarkan berbanding dengan kelebihan yang dimiliki suami dek kerana merasa dirinya lebih berkuasa dan berjaya.




Bijak kawal emosi.

Seorang isteri perlu memiliki pengetahuan dalam mengawal emosi mereka sendiri. Dengan adanya sifat demikian, mereka akan lebih mudah menghargai suami sebagai pemimpin terbaik yang telah diamanahkan oleh Allah SWT. Walaupun terdapat kekurangan dalam pimpinan suami, namun si isteri tidak sewenangnya merendah-rendahkan suami dan tetap menghormati usaha suami tersebut. Isteri yang bijak akan sentiasa memahami bahawa suaminya memerlukan sokongan dan penghormatan sebagai seorang pemimpin. Tanda hormat kepada suami akan dibuktikan dengan komitmen si isteri untuk mentaati sebahagian besar kehendak dan perintah suami, terutama hal-hal kecil yang sewajarnya tidak perlu dibahaskan.


Salah satu konsep komunikasi antara pemimpin dan rakyatnya ada difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 2, yang bermaksud,

'Wahai orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalanmu mamp terhapus sedangkan kamu tidak menyedarinya.'

Ayat tersebut menerangkan bahawa isteri yang bijak akan memahami bahawa peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh isteri terhadap suaminya. Ayat tersebut juga bukan melibatkan diskriminasi jantina tetapi sebagai aplikasi terhadap pemahaman perbezaan karakter antara lelaki dan perempuan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen