“Kenapa Kaum Wanita Lebih Senang Depress?” Kemurungan Tidak Mengenal Jantina, Kongsi Wanita Ini.

"Perempuan ni kalau dah stress memang takleh fikir benda betul ke? Dah tak boleh nak beza benda baik ke benda buruk? Perempuan memang lemah sangat kalau takde lelaki ye?"

1. Depression tak pernah mengenal lelaki atau perempuan.

Tidak seperti kanser prostat yang hanya boleh terjadi kepada kaum lelaki sahaja, begitu juga dengan kanser serviks yang hanya berlaku dikalangan wanita, depression tidak begitu. Perempuan boleh terkena depression, lelaki pon ada kemungkinan untuk depression.

2. Depression bukan hanya sekadar stress.

Depression ialah sejenis penyakit mental yang mempunyai banyak simptom dan perlu didiagnosis oleh mereka yang ahli. Kau baca Kak Yong tulis panjang-panjang kau rasa serabut lantas kau block Kak Yong, itu stress. Tapi kalau kau tiba-tiba terdengar suara suruh kau bunuh Kak Yong sebab jenuh baca posting panjang, itu mungkin depression. Better jumpa doktor.

3. Depression memerlukan rawatan, bukan hanya iman di dada.

Sebab ianya adalah penyakit. Ianya terjadi bukan kerana iman kau yang senipis kulit bawang tapi boleh terjadi kerana ketidaktahanan diri kepada tekanan yang menekan seseorang individu. Tak payah nak azankan atau baca 3 Qul, dia bukan hantu. Tapi perbuatan dia adalah di atas kecelaruan mental yang tidak dirawat dari awal.

4. Baik dan buruk tindakan yang diambil oleh individu dalam dunia depression takkan sama dengan baik dan buruk manusia normal.

Penakulannya berbeza. Bagi manusia normal, mengelar anak itu salah tapi mungkin bagi mereka yang sedang memgalami depression, perbuatan itu memberi keselesaan kepada anaknya. Ingat, apa yang dia nampak dengan apa yang kita nampak adalah berbeza sama sekali. Jadi janganlah kita nak banding-bandingkan diri dengan mereka.

5. Kaum lelaki adalah pemimpin dan perlu bimbing kaum wanita.

Ar-rijal qawwamun 'alann nisa'. Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Jelas Allah sebutkan dalam Surah An-Nisa' jadi kenapa dipersoalkan lagi? Menjadi isteri itu satu anugerah tapi ianya takkan pernah mudah. Sebaik-baik suami ialah yang mendamaikan isterinya. Dan suami patut sedar, adakah dia yang menyebabkan depression seorang isteri, ataupun dia sebenarnya antidot seorang isteri dalam melegakan tekanan emosi yang menghimpit diri.

********

Persoalannya:

Kenapa sekarang banyak kes depression yang kita nampak melibatkan wanita; nak terjun jambatan dengan anak, tikam anak, kelar anak. Mana kes depression lelaki?

Sebabnya, lelaki kalau depression jarang melibatkan orang lain. Biasanya dia bunuh diri sorang-sorang je. Kecuali kes terpencil contohnya yang bunuh kawan sekerja sebab dok tanya pasal kahwin tu.

Berbeza dengan wanita. Sebab dunia wanita adalah anak. Jadi anak-anak yang jadi mangsa dan kita secara realitinya lebih cakna tentang kes-kes yang macam ni. Sebab tu, kes yang melibatkan wanita lebih mendapat perhatian.

Cuba dalam paper tu, ada berita pasal seorang lelaki kemurungan bunuh diri dan seorang ibu kelar anak akibat kemurungan, ditulis sebelah-menyebelah, sumpah takde yang nak peduli berita pasal lelaki tu. Kita akan fokus kepada berita si ibu tu je.

Kan?

Jadi tak payah lah nak pertikaikan perempuan ni lemah la. Tak tau beza baik buruk la. Terlalu nak bergantung dengan lelaki la. Sebab kita tak tau apa yang sebenarnya dia lalui. Dan sebab lain ialah, depression tak mengenal jantina jadi toksah lah sinonimkan depression dengan wanita semata-mata. Ingat depression ni kanser serviks ke?

Apapun, murung ni bukan isu sehari dua. Dia makan masa. Bila sendiri sedar, ataupun nampak orang terdekat dengan kita ada tanda-tanda kemurungan, bawa lah jumpa pakar. Tak rugi pon ambil tindakan awal. Sebelum semuanya jadi betul-betul terlambat.

Bukan fizikal je perlu sihat, malah mental juga. Semoga kita semua dalam perlindunganNya.

********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen