“Cinta Kerana Allah…” Puteri Sarah Mengimbas Kembali Memori Perkahwinannya.

Seperti yang sering kita dengar, sebagai insan yang beragama islam, semua perkara yang kita lakukan haruslah berlandaskan dengan kepercayaan dan agama Islam. Syariat Islam. Mudah-mudahan semua tugas yang dilakukan adalah ibadah dan diterima oleh Allah SWT. Perkara ini juga mengkhususkan pada perkahwinan juga.

Nak kahwin jangan main-main. Semuanya perlu kerana Allah SWT. Mahu ta’aruf kerana Allah. Mahu bernikah kerana Allah. Mahu berkahwin kerana Allah. Mahu mencintai dan taat pada si suami juga kerana Allah.

Lelaki yang baik dan mahu dicintai oleh wanita yang baik, perlu dicintai oleh Allah SWT dahulu. Begitu juga dengan wanita. Seperti yang dikongsikan oleh Puteri Sarah iaitu isteri pada Syamsul Yusof mengimbas kembali memori perkahwinannya dulu….

********

Bergelar suami isteri adalah saat yang dinantikan setiap pasangan. Saat sang suami melafazkan akad, pasti momen itu yang cukup indah dan paling sukar dilupakan.

Kesempatan menonton kembali video saat akad nikah membuai perasaan pelakon dan juga isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof ini. Bagi Puteri Sarah Liyana, tiada yang lebih bermakna bila mana dia dan suami disatukan biarpun pelbagai dugaan terpaksa dilalui oleh mereka ketika itu.


#sajathrowback.

“It’s not my anniversary…. everytime tengok video nikah sendiri nak nangis. A very emotional day that day. Semua nangis haritu. Ternampak @fadzainuddin nangis for the first time  @sofiamegat paling over menangis.

@syamsulyusoffilm denggi masa tu sampai terpikir nak nikah kat hospital je. @sudyrtahir siap kirim ubat denggi masa kat masjid 😊Dugaan...but we made it dengan kuasa Allah. Who knows, jodoh kami kuat. Selama ni kenal @syamsulyusoffilm tengok kat TV je. Tau dia ni pengarah termuda in Malaysia. Takotttt...

Tak pernah terjumpa kat ABP, ASK ke, tau2 jodoh.

Jodoh itu rahsia Allah. Cinta kerana Allah. 6 years knowing you, loving u until jannah. Now we have Syaikhul Islam and .... ( cer teka girl or boy ) .

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia…”

********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen