Pasangan Suami Isteri Perlu Ikuti 5 Tips Ini Jika Mengalami Kesulitan Kewangan.

Mengalami kekangan kewangan dalam rumah tangga, adalah rencah kehidupan yang perlu dihadapi oleh pasangan suami isteri. Kesulitan dalam menjana pendapatan juga adalah salah satu punca utama yang menyebabkan perceraian di dalam perkahwinan.

Jadi, sekiranya setiap pasangan mengalami kesulitan atau kekangan dalam ekonomi keluarga, anda berdua perlu…

1. Bersyukur.

Cuba untuk berlapang dada terdahulu dan mengucapkan Alhamdulillah dengan setiap pemberian rezeki dari Allah SWT walaupun sedikit. Ini untuk memberikan ketenangan dalam jiwa sebelum api amarah menyemarak ke seluruh badan (hasutan syaitan). Apabila kita tahu untuk berasa bersyukur dengan atas nikmat pemberian Ilahi, dengan izin Allah, Dia akan memberi lebih kepada kita.

Setiap usaha yang kita lakukan, kita harus berasa bersyukur. Persoalan tentang cukup atau tidak, bukan ditentukan dengan banyaknya duit atau harta yang dimiliki, tetapi ditentukan oleh hati kita bersyukur atau tidak

2. Bersabar.

Jangan terlalu cepat mengalah dan berputus asa. Dan juga jangan sering merungut dan berkeluh kesah. Mulut anda seolah-olah sering merungut sahaja tanpa mengucap rasa bersyukur. Anda juga sering kelihatan tidak sabar dengan segala tugas yang dilakukan. Buat hari ini, esok dah kaya? Tak boleh macam tu.

Cuba bersabar sekiranya mengalami kesulitan ekonomi ini. Bersabar akan memudahkan anda untuk memikir setiap solusi pada semua perkara. Jika tidak bersabar, pasti anda tidak akan nampak jalan penyelesaiannya.

3. Gigih.

Jangan cepat putus asa dalam mencari rezeki Allah ini. Kesihatan tubuh badan juga adalah rezeki pemberian dari-Nya. Jadi bersyukur sekiranya anda masih lagi mempunyai daya kudrat dalam mencari rezeki di mana sahaja, di atas muka bumi ini. Oleh itu, bersikap gigihlah dalam mencari rezki yang halal dan barakah, supaya keluarga anda juga mengecapi barakah tersebut. Insya Allah.

4. Berusaha.

Dalam berusaha mencari rezeki, jangan pula ada perasaan malu. Malu kerana berjawatan tidak tinggi seperti orang lain. Malu tidak bergaji besar. Malu tidak bekerja di pejabat yang berhawa dingin. Malu sekiranya memiliki ijazah, akan tetapi kerja di kilang sahaja. Selagi anda mencari rezeki yang halal, jangan pernah berasa malu kerana ia adalah usaha anda sendiri.

Suami isteri perlu berjiwa teguh dan berjuang untuk membentuk keluarga yang tidak henti-henti mencari rezeki dari-Nya. Malulah sekiranya anda tidak berusaha, tetapi terus bertawakal. Malu pada-Nya kerana meminta tanpa berusaha.

5. Bekerjasama.

Pasangan suami isteri perlu bekerjasama dalam mengalami kekangan kewangan ini. Jangan berat sebelah dalam menangani masalah ekonomi dalam keluarga kerana tekanan tersebut hanya dirasakan oleh pihak sebelah sahaja. Menjadi pasangan yang berkahwin bukan berpacaran sahaja, tetapi anda berdua adalah satu pasukan.

Saling bantu-membantu dalam melakukan apa sahaja.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen