Antara Tempat Menarik Di Malaysia Untuk Anda Dengan Pasangan Berbulan Madu.

Setiap penghujung tahun, kebiasaannya menjadi waktu pilihan untuk pasangan yang baru berkahwin berbulan madu. Setelah berhempas pulas bekerja di pejabat, pasti inginkan masa berdua-duaan dengan pasangan disamping melepaskan rasa tekanan.

Jadi, jom lihat antara tempat menarik untuk dijadikan tempat berbulan madu…

1. Melaka.

Image may contain: sky and outdoor

Jika anda dan pasangan merupakan penggemar budaya, bandar Melaka menjadi pilihan yang tepat untuk destinasi honeymoon di Malaysia. Dengan kekayaan sejarah dan tradisi, terdapat banyak tempat bersejarah dan tarikan pelancong untuk dilawati selain tempat menjual kraftangan yang unik hasil tempatan, tempat makanan yang popular, dan mural atau latar belakang yang cantik untuk gambar di instagram.

Salah satu tarikan utama di bandar bersejarah ini adalah anda boleh bersiar-siar di sekitar bandar ini dengan menaiki beca yang cantik dihiasi dengan pelbagai tema, terutama sekali di waktu malam dengan kemeriahan lampu berwarna-warni yang dipasang pada beca.

Antara hotel yang menarik adalah seperti berikut;

Terletak di Jalan Parameswara, kira-kira satu kilometer dari A’ Famosa dan Mahkota Parade, Hotel Rosa Malacca ini antara lokasi yang strategik. Walaupun baharu sahaja beroperasi, hotel ini sangat menarik kerana hiasan dalamannya yang menampakkan ciri-ciri Eropah.

Image result for rosa hotel, melaka

Atau pun The Straits Hotel & Suites ni terletak di tengah-tengah Bandaraya Bersejarah Melaka dan tapak Warisan Dunia UNESCO. Hotel ni terletak lebih kurang 2 minit berjalan kaki je dengan kawasan membeli-belah dan destinasi makanan.

Related image

2. Langkawi.

Image result for langkawi

Pulau Langkawi juga sangat cocok bagi anda yang ingin menghabiskan masa bersantai di tepi pantai dikelilingi hutan hujan tropika dan haiwan-haiwan eksotik seperti burung helang dan banyak lagi. The Andaman Resort menjadi pilihan yang tepat kerana selain keindahan pantai yang jernih dan pasir seputih mutiara, hotel ini juga menyediakan pebagai kemudahan dan aktiviti untuk dilakukan. Beberapa di antaranya adalah mengikuti lawatan ke dalam hutan tropika yang berusia lebih 10 juta tahun dan manjakan diri anda di spa dengan urutan dan mandian bunga.

3. Cameron Highland.

No automatic alt text available.

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat menarik untuk honeymoon di Malaysia yang sesuai bagi anda yang sukakan cuaca yang sejuk dengan ekosistem yang menghijau di sekitar anda. Pencinta alam pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini!

Antara aktiviti yang dapat dilakukan bersama pasangan anda ialah melawat ladang teh dan pengalaman memetik sendiri buah strawberi. Aktiviti ini amat sesuai terutama sekali bagi pasangan anda yang gemarkan buah strawberi. Selain itu, tempat ini juga berlatar belakangkan keindahan ladang teh yang menghijau dimana sangat sesuai bagi anda yang suka mengambil gambar untuk dimuat naik ke instagram.

4. Pulau Pangkor.

No automatic alt text available.

Pulau ini mempunyai salah satu pantai yang tercantik di Malaysia. Kecantikan batu karang dan ikan-ikan yang berwarna-warni menambahkan lagi keunikan pulau ini. Bagi pecinta sukan air, pulau ini menyediakan beberapa aktiviti seperti menaiki banana boat, jetski, parasailing dan banyak lagi.

5. Sabah.

Sabah juga antara tempat yang sesuai untuk honeymoon bagi mereka yang suka dengan lautan yang biru dasarnya. Bukan sahaja kelihatan tenang, suasana dan cuaca yang sejuk lebih membuatkan keadaan menjadi romantik. Antaranya seperti Pulau Mabul.

Related image

Pulau ini diiktiraf sebagai salah satu tempat terbaik untuk menyelam di dunia kerana kejernihan airnya. Bagi pasangan anda yang sukakan aktiviti snorkelling dan menyelam pulau ini sesuai dijadikan destinasi honeymoon anda.

6. Penang.

Image result for batu ferringhi hotel

Bagi pasangan yang lebih sukakan aktiviti sukan air dan dekat dengan bandar utama, salah satu destinasi yang paling ideal untuk dilawati ialah di Batu Feringgi di Penang. Tambahan pula, berada di sini anda mempunyai akses yang dekat dan mudah untuk ke beberapa tempat makan yang best dan menarik di Penang.

Aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti berikut:

  • Mandi pantai dan sukan air seperti jetski, naik banana bot & paragliding
  • melawat Taman Botani Penang
  • Shopping di pasar malam Batu Feringgi
  • melawat tempat berseni dan muzium 3D
  • makan-makan di kedai best di Penang
  • pusing-pusing di bandaraya Georgetown

Selamat Bercuti Dan Selamat Berbulan Madu!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen