“Macam Mana Nak Simpan Untuk Kahwin?..” Antara Sebab Anda Yang Single Sering Merasa Duit Tak Pernah Cukup.

Zaman sekarang, kos sara hidup semakin meningkat. Bukan sahaja orang yang dah berkahwin berasa sesak untuk mencari rezeki, apatah lagi anak bujang zaman sekarang kebanyakannya tidak tahu menguruskan kewangan sendiri.

Ini yang dinamakan kebocoran wang anak muda yang berlaku sekarang. Majoriti daripada mereka terlalu mengikut trend sehinggakan tidak kisah hutang sana sini. Jika pada zaman single tidak disiplinkan diri untuk merancang kewangan, tidak mustahil setelah berkahwin nanti meminjam wang pada ibu bapa menjadi kebiasaan pula.

Kenapa perkara sebegini terjadi? Jom kita lihat…

1. Anak muda zaman sekarang pantang lihat duit banyak sikit, pasti mahu menikmati makanan yang sedap belaka. Bukan sahaja pada waktu dinner sahaja, breakfast juga nak makan sampai berbelas ringgit.

2. Pada hujung minggu sahaja pasti kereta yang digunakan semakin kotor. Menghantar kereta ke car wash menjadi kebiasaan anak muda, kerana malas basuh sendiri. Berkemungkinan duduk menyewa di apartment, akan tetapi jangan pula termakan kata-kata pencuci kereta tersebut, mahu polish sana-sini.

3. Anda juga tidak pernah cuba untuk membasuh baju sendiri. Penat! Setiap minggu hantar ke dobi. Duit syiling yang anda boleh simpan dalam tabung, semuanya digunakan untuk basuhan pakaian. Zaman dahulu basuh baju ditepi sungai secara manual, itu lagi penat.

4. Anda seolah-olah ‘penggemar hutang’. Semua benda nak bayar secara ansuran. Setakat ini bukan sahaja hutang PTPTN, hutang kereta, hutang kad kredit yang anda perlu bayar, malah nak beli iPhone pun secara ansuran di mana-mana telco. Cepat sangat terpengaruh ni!

5. Asal sahaja dapat gaji, mesti nak makan sedap. “Alah, sebulan sekali je…” Tapi macam tak nampak pula sebulan sekali, setiap hari juga anda nak makan sedap. Bagi anda kalau makan ni jangan terlalu memilih dan cerewet, selagi boleh makan, makan!

6. Terlalu mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya, mahupun rakan di sosial media membuatkan anda menjadi ‘sengkek’ setiap bulan. Mana tidaknya, lihat rakan semua pergi travel, anda pasti cemburu dan mahu travel ke tempat yang mereka pergi juga.

7. Duduk rumah sewa, tapi teringin pakai kereta mewah. Semua kereta import menjadi idaman, dan anda tidak mahu ketinggalan. Nanti apa pula rakan sebaya cakap. Tidak kisah bayar bulan-bulan hampir sebahagian daripada gaji, asalkan bergaya.

“….Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah...Amboi, amboi...Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa...Amboi, amboi…” –Altimet-

Oleh sebab itu ramai sahaja anak muda merasakan duit tidak pernah cukup, padahal jika berjimat ada sahaja duit tambahan untuk dijadikan sebagai simpanan. Tidak lah mahu berhutang dengan ibu bapa, malahan sahabat handai. Pergi travel sana-sini, tapi bila hutang diminta, lari pula.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen