Wahai Lelaki, Sebelum Berangan Mahu Berkahwin, Perbaiki Kewangan Diri Dahulu Dengan 13 Cara Ini.

Nak berkahwin, bukan sehari dua, tetapi untuk menjaga hubungan ‘till Jannah. Nak jaga isteri dan anak-anak perlulah beri makanan yang bernutrisi, bukannya makanan yang tidak menyihatkan badan sentiasa. Takkan Maggie setiap hari, seperti anda ketika zaman bujang, hujung bulan duit tak cukup, Maggie menjadi peneman.

Pasti anda tidak mahu situasi sebegini terjadi setelah berkahwin kelak.

Jadi, sebelum anda berangan nak kahwin dan jaga isteri dan anak-anak, perbaiki kewangan dahulu..

1. Anda perlu membuat simpanan untuk perkahwinan. Jangan malas berusaha untuk mencari duit atau rezeki, sampai ibu bapa tak percaya anda boleh tanggung anak orang nanti.

2. Jangan ikutkan nafsu semata-mata dalam menjaga kereta. Asalkan kereta anda tidak rosak dan boleh bergerak sudah memadai. Fikir kewangan masa hadapan pula, jangan asyik fikir pasal kereta yang tidak bernyawa itu sahaja.

3. Lupakan untuk memakai kereta mewah semata-mata untuk memikat kekasih hati. Teman wanita yang baik dapat menerima anda dengan seadanya. Insya Allah anda bakal bertemu dengan jodoh yang baik.

4. Didik diri untuk rajin membaca pelbagai bahan bacaan terutamanya tentang kewangan. Jangan baca pasal kereta, engine, bola sahaja. Jika anda boros, khuatir keluarga akan berantakan nanti.

5. Jika kaum wanita perlu belajar skill memasak, menjahit dan seumpama dengannya untuk menjana pendapatan sampingan, lelaki juga perlu tambahkan kemahiran asas seperti bertukang atau plumbing. Jika semuanya mahu upah orang sahaja, macam mana mahu berjimat?

6. Anda juga perlu hidup dengan kemampuan sendiri. Jangan ikut trend semata-mata, kereta mewah, iPhone X, makan di kedai hipster, starbuck dan sebagainya. Ingat, teman wanita yang baik akan dapat menerima anda seadanya.

7. Nak jaga badan? Nak jadi sado? Lihat sahaja tutorial di Youtube, buat di rumah pun mampu membina badan anda. Itu pun kalau anda rajin. Jangan rajin di gym sahaja kerana mahu memikat wanita. Bayaran keahlian gym pun perlu ambil kira, ya!

8. Jangan kerap sangat lepak di kedai mamak. Asalkan balik kerja mamak. Makan malam mamak. Ada perlawanan bola, mamak. Cuba belajar memasak pula. Panggil kawan-kawan untuk merasa masakan anda. Dapat juga meluangkan masa bersama kawan-kawan, kan?

9. Jadikan telefon bimbit anda sebagai manfaat anda dikemudian hari. Jangan leka main PUBG, DOTA dan seumpama dengannya sahaja. Muat turun aplikasi seperti "Money Manager Expense & Budget", ataupun "My Tabung BNM".

10. Jangan nak pakai pakaian yang berjenama sahaja. Bundle kan ada? Ada sahaja pakaian atau kasut bundle kualitinya masih dalam keadaan baik. Nak tackle awek, bukan kena pakai berjenama sahaja. Jaga hatinya dengan baik.

11. Jangan beli kereta lagi jika masih bujang. Beli je motor dulu. Beli je motor Honda EX5. Boleh jimat minyak. Sebulan dalam RM20 je. Jika teman wanita sibuk bertanya, anda pergi ke kerja naik apa? Jawab sahaja "Pakai honda.."

12. Dah tau duit tak cukup, cuba bawa bekal ke pejabat pula. Jangan malu nak bawa bekal ketika bekerja. Kena lah belajar berjimat-cermat.

13. Dan yang penting, belajarlah berhenti merokok. Nanti dah kahwin duit tak cukup, masa ni baru nak fikir “Nak beli rokok ke nak beli pampers anak?”

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen