Makan Berjemaah Mampu Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan.

Pada zaman sekarang, ramai dikalangan kita mengambil mudah untuk makan bersama dengan ahli keluarga. Keutamaan anak muda pada zaman sekarang adalah apabila dapat meluangkan masa dengan sahabat handai mahupun pasangan masing-masing. Namun, apabila pulang ke kampung halaman, telefon bimbit sahaja yang dipegang kemas dalam tangan.

Pergi kemana-mana tidak boleh berpisah dengan telefon bimbit.

Budaya ini menjadi ikutan dan kebiasaan pada mereka sehingga lah ketika menjamah makanan bersama keluarga. Apabila tidak dapat berenggang dengan telefon bimbit, hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang kerana kurangnya berkomunikasi. Kurang berkomunikasi ini membuatkan ahli keluarga…

Kurang bertentangan mata…

Kurang melihat wajah kedua ibu bapa tercinta…

Kurang meluahkan masalah terpendam (tetapi sering meluahkan masalah pada sahabat handai yang tidak berpengalaman, kerana itu anak muda mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mengikut perkara yang buruk)….

Malah kurang bergurau senda dengan ahli keluarga…

Dimana perkara sebegini lah yang mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa, anak-anak dan adik-beradik.

Bukan sahaja solat berjemaah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan, makan berjemaah juga akan memberi kesan bahawa sebuah keluarga itu dapat terbentuk dengan baik dan sihat.

Kesan dari makan berjemaah bersama keluarga…

1. Dapat mengetahui makanan kegemaran ahli keluarga.

Kita sering dengar “Hari ni mak nak masak lauk kegemaran kakak lah…” , kan? Jadi pada saat inilah kita boleh mengetahui makanan kegemaran setiap adik-beradik. Dengan cara begini juga dapat menunjukkan kita ini adalah family person dan mengambil berat tentang semua ahli keluarga. Malah ia juga cara kita untuk menghargai mereka.

Nanti, boleh la kita belajar untuk masak makanan kegemaran mereka pula. Takkan asyik masak makanan kegemaran teman lelaki, kan?

2. Dapat mengetahui serba sedikit masalah yang terjadi dalam ahli keluarga.

Ketika ini jugalah kadang-kala, salah seorang dari ahli keluarga cuba untuk meluahkan masalahnya. Ini kerana situasi ketika makan  adalah situasi yang tenang dan sesuai untuk membicarakan sesuatu. Mungkin bukan ketika makan malam atau tengah hari, tetapi ketika menjamah makan makanan santai sebagai contoh menikmati minum petang, atau supper (ketika lewat malam).

3. Dapat melihat reaksi wajah sebenar ahli keluarga.

Pasti ketika makan, anda seorang yang terlalu fokus pada makanan, kan? Keadaan sekeliling juga tidak dihiraukan. Ketahuilah anda bahawasanya, ketika makan anda sebenarnya dapat melihat reaksi wajah ahli keluarga dengan teliti. Mungkin ia agak lucu, tetapi memori sebegini pasti akan terpahat sekiranya anda merindui saat itu.

4. Dapat membentuk keluarga yang harmoni.

Makan berjemaah sudah tentu dapat membentuk keluarga yang harmoni kerana pada zaman sekarang agak sukar untuk berkumpul satu ahli keluarga. Terutamanya yang memiliki adik-beradik yang ramai, pasti sukar untuk berkumpul kecuali pada hari perayaan. Jadi, amalkan untuk berkumpul satu keluarga sekerap yang anda mampu.

Sayangilah keluarga anda!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen