Pasangan Ibu Bapa, Jangan Buat 5 Perkara Ini Sehingga Anak Terabai!

Dalam menjalankan tanggung jawab sebagai ibu bapa, pasti agak sukar pada mereka yang baru sahaja memiliki anak pertama. Dalam mendidik anak yang kedua, anda dengan pasangan seharusnya mengambil iktibar dari anak pertama tersebut, dan jangan kerap mengulangi masalah sehingga merasakan “Kenapa anak aku susah dengar kata?”.

Jadi, pada pasangan ibu bapa di luar sana, jangan lakukan 5 perkara buruk ini pada anak-anak, hasil kongsian dari saudara Mohd Fhais

********

Jangan buat 5 perkara ni ;

1. Tak Tahu Apa Anak Nak.

  • "Ikut cakap mak ayah, jangan degil!" Kalau cakap macam ni memang anak tak mahu ikut punya.
  • Anak ni macam layang-layang. Nak layang-laynag terbang tinggi kena tarik guna konsep "tarik lepas tarik lepas".
  • Dengan anak pun tak boleh bagi arahan sahaja, tak pernah nak tanya apa anak mahu. Percayalah, semakin kita ambil tahu kemahuan anak semakin anak akan dekat dengan kita.

2. Tak Peduli Apa Anak Nak.

  • Dah tahu apa anak nak kena ambil peduli, jangan di abaikan pula. Boleh luluh hati mereka nanti.
  • Walaupun kecil tapi cuba usaha dapatkan kerana usaha kita itu akan menjadi ingatan anak sampai dewasa nanti.
  • Berbudi pada anak mesti masa mereka kecil, dah besar nanti baru mereka ada hati nak membalas.


3. Pandangan Anak Tak Penting.

  • Ya betul, orang dewasa lebih banyak makan garam, pengalaman lebih luas, dan penuh ilmu tapi tak bermakna pandangan anak muda ini tak berguna.
  • Kita tak akan jadi lebih berjaya jika kita masih dengan zon selesa kita, kemajuan hanya mimpi tanpa penambahbaikkan sistem sedia ada.
  • Sudah tiba masa mak ayah ambil kira pandangan anak anak, beri peluang anak anak buat keputusan sendiri. Mak ayah "Lead & Guide" sahaja agar tak sesat.

4. Dambakan Pujian dari Orang Luar.

  • Terlalu mempedulikan apa kata orang, takut malu, takut kalah dan takut di persendakan sehingga memaksa anak jadi "sempurna" di mata orang dewasa.
  • Malah di mata mak ayah hanya keputusan cemerlang sahaja di anggap bagus dan layak menerima pujian.
  • Gagal peperiksaan tak memberi makna anak akan sentiasa gagal, tapi mak ayah akan "gagal" di mata anak jika gagal menilai usaha mereka.

5. Tak Tunjuk Teladan yang Baik.

  • Mak ayah kena berubah bila dah ada anak, tak boleh masih sama macam masa bujang. Tidur tak boleh sampai ke petang walaupun cuti, makan tak boleh atas katil dan cakap kena sensored sikit.
  • Anak adalah juara "Copy & Paste" tau, jangan melenting pula kalau nampak anak buat apa yang kita buat.
  • Mahu anak suka membaca mak ayah dulu kena baca buku depan mereka, nak anak jadi seorang yang pandai berfikir mak ayah tak boleh la cepat gelabah bila ada masalah.

Ingat ye, Jangan buat !

Pentingkan anak-anak dulu baru kita akan jadi orang paling penting dalam hidup mereka.

********

Semoga Bermanfaat Dalam Mendidik Anak-Anak Generasi Baru Kita!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen