Jom Ketahui Kepentingan Membina Keluarga Berlandaskan Islam.

Sebelum menerangkan penjelasan mengenai keluarga dalam islam, jom ketahui keadaan keluarga pada zaman kegelapan.

Ketika  zaman jahiliyah, iaitu sebelum Islam menakluki, institusi keluarga sentiada berada di dalam kegelapan kerana semua peranan hanya dilaksanakan oleh kaum lelaki sahaja, manakala kaum wanita ditindas. Sebagai contoh seorang lelaki boleh mengahwini ibu tirinya sendiri, setelah kematian suami. Dan ibu tirinya tersebut akan diperlakukan sesuka hati mengikut hawa nafsunya tanpa dipersoalkan haknya sebagai wanita.

Kepercayaan mereka pada zaman ini adalah golongan wanita adalah golongan yang fakir kerana tidak berharta. Semua harta hanya diwarisi oleh golongan lelaki sahaja, dan sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup kerana takut jatuh miskin.

Seperti Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Nahl ayat 58:

“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.”

Begitulah betapa teruknya kaum wanita ditindas dan diherdik sehinggalah datangnya para Nabi dan Rasul dimana martabat wanita diangkat dan mulia di sisi Allah SWT.

Namun apa yang kita lihat sekarang, zaman semakin tenat dengan keadaan keluarga yang porak peranda. Yang mana lelaki, yang mana perempuan semuanya dalam kecelaruan. Institusi kekeluargaan sangat penting dibentuk mengikut landasan Islam iaitu dengan dorongan Kitab Al-Qur’an dan hadith-hadith riwayat dari zaman Nabi.

Selepas datangnya Islam…

Menurut Abu Hurairah RA:

Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW lalu bertanya baginda tentang manusia yang paling berhak untuk dibuat kebaikan. Lalu baginda bersabda;

“Ibumu. Ibumu. Ibumu. Kemudian barulah bapamu”

[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Kedatangan Islam juga telah memuliakan anak perempuan yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri RA:

Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 adik-beradik perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 adik-beradik perempuan lalu dia bergaul baik dengan mereka dan bertkwa kepada Allah pada mereka, maka dia akan masuk syurga.”

[Riwayat Al-Tarmizi, Abu Daud Dan Ibnu Maajah]

Selain daripada itu, Islam juga memuliakan seorang isteri. Menurut Ashah RA, Rasulullah SAW bersabda;

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap isterinya. Aku adalah orang yang terbaik terhadap isteriku..” [Riwayat Al-Tarmizi dan Ibnu Majah]

Kemudian Islam memberi pula hak kepada wanita untuk mewarisi pusaka dan sebagainya.

Sabda Rasulullah SAW;

“Wanita adalah teman rapat kepada lelaki” [Riwayat Abu Daud]

Berkenaan dengan pasangan teman hidup, Islam juga memberi kaum wanita hak untuk memilih siapa bakal suaminya. Dalam rumah tangga, si isteri merupakan individu yang berperanan besar dalam mendidik anak-anak. Islam memuliakan ibu bapa dan menanamkan sifat menghormati, menguruskan dan mentaati mereka seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Israk ayat 23.

Kesimpulannya, dengan kedatangan Islam, institusi kekeluargaan terpelihara dari segala sudut termasuk maruah, kemuliaan, kesucian dan nasab (keturunan). Perkahwinan amat digalakkan, akan tetapi pergaulan bebas amat dilarangkan.

Jadi, institusi yang berlandaskan Islam adalah:

  • Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola.
  • Sentiasa berdoa menjadi suami/isteri yang soleh/solehah.
  • Si isteri tidak putus berharap untuk menjadi pendamping suami yang solehah.
  • Si suami pula memberi didikan agama dalam keluarga.
  • Sentiasa menjadi pemaaf.
  • Si isteri yang bersikap lemah lembut pada suami, manakala Si suami menjadi tegas dalam mendidik si isteri dan anak-anak.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen