Sebenarnya... 10 Pujian Inilah Yang Para Suami Teringin Sangat Nak Dengar Dari Mulut Isteri Mereka.

Oleh: Rafi

Kata-kata anda mempunyai impak yang besar terhadap perkahwinan anda. Lelaki kadang-kadang kurang bercakap, tapi ini tak bermaksud mereka tak peduli tentang kata-kata dari isteri mereka. Sama ada suami anda perlukan belaian kasih sayang dalam bentuk kata-kata ataupun tidak, ini adalah sepuluh pujian yang suami anda perlu dengar.



1. Saya gembira berkahwin dengan awak.

Lelaki perlu rasa selamat dalam perkahwinan, dan cara paling berkesan untuk beritahu suami anda yang anda memang pilihan yang tepat adalah dengan beritahu terus padanya. Ini pujian yang hebat kerana ia boleh datang secara tiba-tiba tanpa dia perlu lakukan apa-apa. Pujian yang spontan terasa betul dan ikhlas.

2. Saya suka cara awak bertanggungjawab untuk keluarga kita.

Lelaki letakkan tekanan yang tinggi di bahu mereka sendiri dalam hal menyediakan keperluan keluarga, dan mereka perlu anda akui usaha mereka. Beritahu suami anda yang dia tak perlu jadi jutawan untuk buat anda gembira.



3. Saya berbangga dengan awak.

Perkahwinan anda akan bertahan lama bila anda jadi pengokong paling kuat kepada suami anda. Bila orang lain asyik beri tekanan pada dia, anda perlu jadi orang yang buat dia percaya pada kebolehan diri.

4. Awak ayah yang baik.

Kalau anda ada anak, puji suami anda untuk cara dia melayan keluarga. Masyarakat suka kata ayah kurang penting daripada ibu, jadi anda perlu buat dia rasa yang dia pun penting juga.

5. Awak kacak!

Suami anda perlu tahu yang anda suka rupa parasnya, walaupun selepas beberapa tahun berkahwin dan beratnya mungkin dah naik sedikit.



6. Terima kasih sebab tolong tukar mentol lampu.

Bila-bila suami anda baiki sesuatu dalam rumah, puji usahanya. Dia perlu rasa yag dia mampu, terutama sekali bila dia buat semua itu untuk menjaga anda.

7. Terima kasih sebab tolong saya uruskan rumah.

Kadang-kadang suami sebenarnya takut nak bantu isteri kemaskan rumah. Isteri pasti ada caranya sendiri nak uruskan rumah, dan kadang-kadang cara suami akan kacau isterinya pula. Ucapkan terima kasih padanya dengan ikhlas walaupun caranya mungkin tak berapa kena di mata anda.

8. Awak sentiasa tahu cara buat saya gembira.

Biar suami anda tahu yang dia buat hari anda ceria dan bawa bahagia dalam rumah tangga. Walaupun dia mungkin bukan seorang yang kelakar, anda masih boleh puji senyuman menawannya.



9. Kuatnya suami saya.

Bila suami anda angkat sesuatu yang berat untuk bantu anda, kenyit mata sikit dan puji kekuatannya, walaupun sebenarnya anda sendiri boleh lakukannya. Suami perlu tahu yang mereka berguna terutama sekali pada anda.

10. Saya suka habiskan masa dengan awak.

Kita semua sibuk dengan urusan kehidupan harian, jadi beritahu suami anda yang anda masih suka hanya duduk dan luangkan masa bersamanya. Lagipun, anda kan kawan baik dan teman hidup selama-lamanya. Ambil sedikit masa hari ini dan ucapkan terima kasih pada suami anda atas semua usahanya. Anda tak perlukan usaha yang banyak pun untuk buat dia gembira, naikkan keyakinannya dan buat dia mahu gembirakan anda pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen