Ingin Dapatkan Tidur Yang Lena? Hentikan Tabiat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Gangguan tidur yang tidak lena akan menjadi masalah untuk badan anda kekal aktif di siang hari. Badan yang cergas dan sentiasa aktif akan diperolehi daripada tidur yang lena serta mencukupi. Tidur yang berlebihan juga tidak bagus untuk tubuh badan anda. Hal ini kerana, ia akan membuatkan tubuh badan anda terasa lesu dan terasa malas untuk bergerak aktif.

Jika anda mempunyai hari yang sibuk, sudah pastilah anda perlukan tidur yang lena serta yang memcukupi. Namun begitu, perkara sebegini bukanlah mudah untuk anda perolehi sekiranya anda mempunyai beberapa tabiat buruk. Berikut adalah tabiat buruk yang perlu anda buang demi mendapatkan tidur yang lena.



1. Letakkan telefon bimbit di kepala ketika hendak tidur.

Telah menjadi kebiasaan sebelum tidur anda akan bermain telfon bimbit bukan? Lalu anda akan membiarkan telefon bimbit anda berdekatan dengan anda. Ini adalah perkara yang tidak elok untuk tubuh badan anda. Apabila anda inginkan tidur yang lena, jangan meletakkan telefoon bimbit anda berdekatan dengan anda mahupun di kepala anda. Jauhkan telefon bimbit anda sekurang-kuranga 30 minit sebelum anda tidur. Hal ini dapat membantu anda bangun dengan cergas keesokan paginya.

2. Tidur di dalam bilik yang terang.

Tidur di dalam gelap tanpa sebarang cahaya mampu merehatkan diri anda dengan lebih baik. Keadaan yang gelap membantu otak kita untuk bersiap melelapkan mata. Bukan itu sahaja, matikan segala peralatan elektronik juga akan membantu anda mendapatkan tidur yang baik.



3. Tidur dalam keadaan yang bising.

Suasana tempat tidur akan memberikan anda satu perasaan yang tersendiri. Jika tempat tidur anda kemas dan nyaman, maka akan berasa tenang sebelum tidur. Tapi jika ia sedikit bising dan tidak kemas ia mungkin akan mengganggu perasaan anda. Jadi sebelum tidur, pastikan anda mengemas katil anda, melipat semua pakaian anda bahkan memastikan bilik anda dalam keadaan yang senyap dan teratur.

4. Tidur dalam keadaan tertekan atau sedih.

Untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih lena, anda perlu memastikan bahawa anda merehatkan minda dan badan anda terlebih dahulu. Jika anda memikirkan sesuatu sebelum tidur, ia mungkin akan menjadi gangguan di dalam tidur anda.

Buang tabiat buruk ini demi mendapatkan masa tidur yang berkualiti. Bahkan ia mampu membuat hari anda lebih cergas dan produktif.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen