Tips Dapatkan Tidur Lena Semasa Dalam Perjalanan Yang Jauh.

Apabila pergi ke satu tempat yang ajak berjauhan dari rumah anda, yang akan makan masa berjam-jam, pasti akan membuatkan anda lesu dan mengantuk di dalam kenderaan. Tidak kiralah, anda ingin pulang ke kampung, pergi melancong ataupun pergi ke tempat atas urusan kerja. Jika ia sudah memakan masa perjalanan melebihi satu jam ia pastilah agak memenatkan.

Tidak kiralah menaiki bas, kereta mahupun kereta api pasti anda mahukan keselesaan pada ketika itu. Bahkan anda juga ingin menikamti tidur yang lena sepanjang perjalanan tersebut, tapi keadaan akan membuatkan anda tidak mampu tidur dengan aman.

Berikut adalah beberapa tips yang akan membantu anda mendapatkan tidur yang lena ketika perjalanan tersebut.



1. Pilih tempat duduk bersebelah tingkap.

Oleh kerana mengambil masa yang agak lama, pastikan anda memilih tempat yang agak strategik. Salah satu cara ialah memilih berhampiran dengan tingkap. Dengan duduk berhampiran tingkap, lebih mudah untuk anda bersandar ke sisi. Bahkan anda juga akan lebih selesa jika meletakkan baju yang dilipat sebagai bantal. Bahkan kedudukan anda akan membuatkan anda lebih selesa.



2. Sediakan bantal leher.

Bantal leher membantu anda untuk tidur dengan lebih selesa di dalam perjalanan yang panjang. Tanpa bantal leher, tidur akan berasa tidak selesa kerana kedudukan kepala anda akan sedikit senget dan boleh menyebabkan leher anda mengalami kekejangan. Oleh itu, jangan lupa membawa bantal leher supaya tidur anda lebih selesa semasa perjalanan dan sudah tentu leher anda tidak akan tercedera.



3. Elakkan lokasi yang boleh mengganggu tidur.

Selain pemilihan tempat duduk bersebelahan tingkap, anda juga perlu memilih lokasi tersebut adalah lokasi yang tidak mengganggu anda. Sebagai contoh, anda tidak memilih berdekatan dengan pemandu ataupun berada dibelakang sekali, ini jika anda menaiki bas. Hal ini kerana, tempat terbabit akan membuat anda rasa tidak selesa untuk tiur dengan lena.





4. Mendengar muzik menggunakan earphone.

Untuk membuat tidur anda lebih selesa dan tidak diganggu oleh bunyi kenderaan, mendengar muzik menggunakan earphone boleh digunakan. Mainkan muzik kegemaran anda semasa perjalanan supaya anda tidak bosan dan pastinya membuat anda tidur lebih cepat. Tetapi perlu diingat, jangan dengar muzik yang terlalu kuat supaya tidak merosakkan pendengaran anda.



5. Gunakan penutup mata.

Jika tiada penutup mata, anda boleh gunakan baju atau selendang untuk menutup mata anda. Ini bertujuan untuk mengelakkan gangguan bayang-bayang dan cahaya yang bergerak di atas mata yang berpotensi mengganggu tidur anda, terutamanya apabila menggunakan pengangkutan awam.



6. Simpan barang anda di tempat yang selamat.

Apabila anda menaiki pengangkutan awam untuk perjalanan tersebut, pastikan anda menyimpan segala barang berharga anda di tempat yang betul dan sepatutnya. Jangan leka dan terlalu cuai. Hal ini kerana, anda akan mudah menjadi sasaran penjenayah.

Selepas ini bolehlah anda menikmati tidur yang lena sepanjang perjalanan yang jauh itu.



Anda masih keseorangan?

939,378 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen