"Nak, Ambillah Maid, Mak Dah Tak Larat Jaga Anak Kamu..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Kerana faktor sibuk akan berkerja, ibu-ibu atau isteri-isteri ini terpaksa meminta ibu mereka sendiri untuk menjaga anak-anak mereka. Demi sayangkan cucu pula, nenek-nenek ini terpaksa menghulurkan bantuan untuk membantu menjaganya.

Perkara sebegini sebenarnya agak sensitif apabila ingin dibincangkan. Hal ini kerana, ada yang berpendapat bahawa anak mereka akan lebih selamat jika tinggal bersama nenek mereka dan bukannya ditinggalkan dipengasuh.

Sememangnya meninggalkan anak bersama orang yang kurang kita kenal itu agak berisiko, namun anda harus yakin akan ketentuan yang telah ditulis oleh Allah. Nak-nak lagi banyak kes dera melibatkan pengasuh yang sememangnya menjadikan ia mimpi ngeri kepada ibu bapa.

Namun dalam melihat kasih sayang nenek terhadap cucunya itu, penah atau tidak kita berbicara hati ke hati tentang apa yang ibu kita rasai saat mereka menjaga anak-anak kita ini. Mari baca sedikit kisah yang dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli.




"NAK, AMBILLAH MAID, MAK DAH TAK LARAT JAGA ANAK KAMU..."

Ada seorang ibu meluah bahawa dia rasa sangat penat menjaga cucu-cucunya. Anak menantunya, suami isteri bekerjaya hebat, ada rumah sendiri, berkereta mewah. Namun, entah kenapa, anak-anak selang setahun berderet diletakkan di rumah nenek yang sudah sakit lutut untuk menjaga keletah mereka.

Selama ini memang mereka duduk serumah dengan si ibu. Tambahan pula setelah bapa meninggal dunia.

Niatnya memang baik, untuk temankan ibu. Namun, pelaksanaannya lebih kepada mem'bibik'kan ibu.

Setelah bertahun duduk bersama, si ibu lega apabila anak berkata sudah membeli rumah sendiri.

Fikir si ibu, anak menantu akan membawa semua anak-anak mereka sekali. Rupanya, hanya yang kecil sahaja dibawa bersama, itupun kerana malam menyusu badan. Yang lain akan ditinggalkan sepenuhnya dalam jagaan nenek.
Tambah berat hati si ibu, apabila dikhabarkan tahun depan akan bertambah lagi cucu yang bakal dijaganya.

Allahuakbar.. hingga akhirnya tercetuslah dari mulut si ibu; "Nak, carilah maid. Mak dah tak larat nak jaga anak kamu,"

Ada pula ibu nampak kesal dan sayu meluahkan perasaan mereka 'terpaksa' menjaga cucu-cucu kerana ibubapa kandung terlalu lepas tangan.

Anak-anak buat drama, menakutkan ibu mereka bagaimana sekiranya pengasuh dera cucu mereka. Kemudian acah-acah taknak balik kampung kerana boikot tindakan si ibu yang sudah 'surrender' menjadi pengasuh cucu. Akhirnya, si ibu mengalah jua akhirnya, kerana kasih diri sendiri terkorban.

Buat mak ayah macam pengasuh.

Ada pula yang duduk bersama ibubapa dan menjadikan ibubapa sebagai pengasuh anak-anak tanpa bayaran, malah kadang duit pampers dan susu anak-anak pun atuk nenek yang keluar belanja.

Bila ibubapa 'sound' agar jangan beranak lagi, sesetengah anak ni pergi ke media sosial dan 'membawang' tentang ibubapa. Katanya apa hak ibubapa nak larang dia suami isteri beranak, seolah tidak sedar diri bahawa hidup dan anak-anak boleh kata ditanggung oleh ibubapa.

Tiada apa yang mampu saya lakukan. Cuma mendengar dan mendoakan. Di samping menjadi iktibar.
Banyak rupanya kesilapan kita sebagai anak. Kemudian kita mengeluh kerana keberkatan hidup seakan menjauh benar.

Sesetengah ibubapa yang sudah tua dan kesihatan tak berapa baik, mereka cepat serabut bila dengar suara budak-budak menangis, menjerit, bergaduh. Bayangkanlah mereka terpaksa hadap semua ini setiap hari tanpa rela.

Sesekali pulang ke kampung itu tak apalah. Bukannya lepas tangan terus. Anak-anak itu tanggungjawab kita, bukan sekadar beranak semata, yang lain-lain serahkan kepada atuk nenek. Bukan semudah itu. Kita yang kena tanggung di dunia dan jawab di akhirat kelak.

Darjat ibubapa pada kita anak-anak sangatlah tinggi. Doa ibu Allah angkat tanpa hijab. Jika kita melukakan hati ibu, jangan tertanya mengapa hidup rasa serabut.

Jangan sesekali lupa, kita hidup untuk akhirat juga. Fikirkanlah apa nasib kita di akhirat bila hidup di dunia selalu menyusahkan ibubapa?




Perlu ditegur.

Adik beradik yang sayangkan abang/kakak/adik yang membibikkan ibubapa, tegurlah abang/kakak/adik itu.

Buat semua suami isteri yang bercadang nak menambah anak, fikirkanlah semua hal bersalin, berpantang, susu anak, pengasuh semua itu terlebih dahulu. Jangan dah bersalin baru hendak fikir, oh rupanya kami tak mampu nak jaga anak ini. Lalu lepaskan amanah berat itu buat ibubapa yang sudah tua.

Astaghfirullah.

Rasulullah SAW dalam satu hadis bersabda, antara tiga orang yang celaka ialah orang yang masih ada ibubapa namun masih tak dapat masuk syurga, kerana tak berkhidmat kepada mereka.


“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibubapa”.(An-Nisaa 4:36)


Ingat wahai anak-anak.

Ibubapa adalah harta tak ternilai. Mereka jalan kita ke syurga. Doa mereka doa yang makbul. Maka, perlakukanlah mereka dengan sebaiknya jika mahu selamat dunia akhirat. InsyaAllah.

Muhasabah saya.

#intandzulkefli

#selfreminder

Ambillah pengajaran dari kisah-kisah ini.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen