Isteri Bukan Tak Bagi Bantu Ibu Bapa, Tapi Tahu Dahulu Aturan Nafkah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nafkah ini boleh dikatakan antara perkara yang paling penting dalam rumahtangga. Menguruskan nafkah yang betul mampu membuatkan sebuah keluarga itu lebih aman dan bahagia. Nafkah ini juga tidak boleh dipandang terlalu mudah oleh kaum lelaki. Hal ini kerana, anak-anak serta isteri anda adalah tanggungjawab anda dan mereka berhak ke atas nafkah tersebut.

Anak lelaki juga sering dikatakan perlu menjaga ibu bapanya, dan kalau tidak mampu menjaganya menghulurkan wang bulanan juga dikatakan sudah mencukupi. Tapi bagaimana pula jika niatnya untuk membantu ibu bapa tapi nafkah anak dan isteri pula terabai kerana niat tersebut?

Di sini seorang suami perlu tahu urutan nafkah yang betul. Di mana siapa yang perlu anda dahulukan dan yang mana paling penting. Anda perlu tahu bahawa seorang isteri ini tidak akan menghalang anda untuk berbakti kepada ibu bapa jika anda bijak dalam menguruskan tanggungjawab anda dengan betul.

Untuk menjernihkan kekeliruan ini, cub abaca sedikit perkongsian daripada Firdaus Shakirin. Semoga ia memberi anda sedikit manfaat dalam menguruskan tanggungjawab anda.



Isteri bukan tak bagi kita bantu ibu bapa kita.

Tapi kita sendiri kena sedarlah aturan-aturan tanggungjawab kita, aturan nafkahnya. Siapa yang kita perlu dahulukan, siapa yang kita perlu utamakan. Kalau ikut iturutan, siapa digiliran no 1, no 2, no 3 dan seterusnya.
Isteri mana yang tak nak suaminya jadi anak yang soleh.

Nak bagi duit kepada ibu bapa iitu adalah tindakan yang dipuji, yang baik, yang digalakkan tapi kita hendaklah tahu aturan tanggungjawab kita, aturan nafkah kita. Step by step yang menjadi keutamaan seorang suami.

Cara "bersedekah" mengikut cara Islam.

Isteri bukan nak mempersoalkan kebaikan atau jumlah berapa yang kita bagi kepada ibu bapa kita itu, tapi apa yang ingin isteri nyatakan, suarakan dan nak kita faham adalah, bahagian dia, bahagian anak-anak itu, dah cukup ke belum sebelum kita nak bagi kepada ibu bapa kita? Kalau tak cukup, kita kena cukupkan dulu. Sebab kalau ikut aturan dalam kita memberi nafkah, isteri dan anak-anak lebih dahulu daripada ibu bapa.

Diri sendiri, Isteri, Anak-anak, Ibu bapa, Adik beradik.

Ini aturan untuk kita memberi nafkah, bermula dgn diri kita sendiri, isteri, anak-anak, kemudian baru ibu bapa dan adik beradik. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah dari kita, maka kita hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak dan untuk adik beradik yang lain, tengok keperluan mereka sama ada mereka dah boleh bekerja untuk ada pendapatan sendiri ataupun masih bersekolah.



Isteri susah nak tegur atau sentuh bab ni.

Sebab kita akan anggap dia menghalang kita untuk menjadi anak yang baik. Isteri tak menghalang, isteri cuma nak memperbetulkan, bagi kita faham urutan dan aturan tanggungjawab kita. Soal duit kepada ibu bapa itu, kita ada adik beradik yang lain tak? yang dah bekerja? Then dudukla berbincang untuk bersepakat akan nilai yang sepaitutnya masing-masing bagi pada ibu bapa. Jangan ambik semua, tanggung semua (unless kita ni memang mampu), sebab kalau kita yang melebihkan duit kita sorang saja itu, secara tak langsung, nanti adik beradik yang lain akan lepas tangan atas alasan kita yang kena tanggung ibu bapa kita. Lama-lama kita akan terbeban bila dah biasa “mengajar” adik beradik yang lain untuk “mengambil kesempatan” diatas kebaikan kita.

Bincang adik beradik dahulu, jangan pikul bersendirian.

Ibu bapa boleh bela, jaga dan besarkan 10 anak, tapi belum tentu 10 anak boleh bela, jaga dan bagi bantuan kepada ibu bapa. Ini yang sering kita dengar kan, maka tolong berbincang sesama adik beradik untuk sama-sama ambik tanggungjawab itu, pikul beban itu, bersama-sama, bahagi sama rata. Jangan hadap sorang-sorang, tanggung sorang-sorang then anak isteri sendiri tertekan disebabkan "hak-hak" mereka diabaikan dek kerana kebaikan kita yang “terlebih” itu.

Dan ibu bapa juga perlu faham akan kemampuan setiap anak dalam memenuhi dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kerana mereka juga ada pasangan dan tanggungjawab lain yang perlu dipenuhi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen