Makan Malam Tidak Baik Untuk Kesihatan, Ini Faktanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja pasti pernah mengamalkan sikap suka makan sebelum tidur ataupun makan pada lewat malam. Bahkan ada sesetengah daripada kita ini akan mengalami kesukaran untuk ditidur apabila perut dalam keadaan kosong malah lebih selesa memilih untuk makan sebelum tidur.

Sudah pasti anda kerap mendengar bahawa rutin makan pada lewat malam ini sebenarnya tidak bagus dan ia juga akan menganggu tidur malam yang baik. Dan perkara tersebut adalah benar.

Hal ini kerana, selepas makan lewat malam, pada waktu yang sepatutnya badan anda berehat setelah seharian berkerja, sebaliknya, badan anda perlu mencerna dan memproses makanan yang baru anda makan, sekaligus menganggu corak tidur anda.



Mengapa perkara ini tidak patut diamalkan?

1. Menyukarkan proses pengurangan berat badan.

Makan lewat malam akan menggalakkan kepada penambahan berat badan. Terdapat penyelidikan membuktikan bahawa makan lewat boleh mempengaruhi proses penurunan berat badan. Ini kerana kalori yang diambil pada lewat malam lebih cenderung untuk disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

2. Memburukkan kesihatan metabolism.

Jika anda seorang yang tidak kisah tentang kenaikan berat badan, berikut mungkin sesuatu yang dapat menghalang anda dari menghampiri peti sejuk ketika lewat malam. Kajian menunjukkan bahawa makan lewat malam dikaitkan dengan penurunan penggunaan tenaga rehat dan mengurangkan toleransi glukosa. Dalam bahasa mudah, makan lewat malam akan memudaratkan kesihatan metabolisme anda. Secara tidak langsung akan meningkatkan risiko anda terhadap ketahanan insulin, pra-diabetes, diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

3. Mempengaruhi konsentrasi.

Makan lewat malam tidak hanya membuatkan buah pinggang anda menderita. Ternyata makan lewat malam juga tidak baik untuk kesihatan otak anda. Percaya atau tidak, saintis mendapati bahawa masa makan mempunyai kesan luas pada fisiologi otak dan tingkah laku. Corak makan yang tidak menentu akan mempengaruhi sistem circadian dan seterusnya mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan menghafal otak.



4. Kualiti tidur.

Makan lewat malam boleh membuatkan anda tidak tidur dan akan memberi kesan negatif kepada kualiti tidur. Terdapat penyelidik menyatakan ini boleh berlaku kerana pola makan secara langsung memberi kesan negatif pada pola tidur dan mimpi. Antara makanan yang harus dielakkan adalah makanan tenusu dan makanan pedas.

5. Tingkatkan risiko Refluks Asid.

Makan sebelum tidur boleh meningkatkan risiko untuk refluks asid waktu malam. Apabila perut anda sedang bergelut untuk mencerna makanan semasa anda berbaring di tempat tidur, tekanan metabolisme makanan boleh menyebabkan LES (Lower Esophageal Sphincter) menjadi longgar, yang menyebabkan makanan dan asid perut yang tidak tercerna bergerak kembali ke esofagus. Jika anda mengalami refluks, sebaiknya buat jurang masa 2 jam antara makan dan tidur untuk mengelakkan refluks waktu malam.

6. Gangguan pemakanan.

Jika anda mendapati diri anda memiliki keinginan untuk snek pada lewat malam, malam demi malam, anda mungkin menghadapi masalah yang lebih serius. Seandainya anda mempunyai keinginan berulang untuk makan lewat malam walaupun tidak berasa lapar, anda mungkin menghadapi masalah NES (Night Eating Syndrome).

7. Pagi yang lapar.

Makan lewat malam boleh membuatkan anda berasa lebih lapar apabila anda bangun pada keesokan harinya. Ini disebabkan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas selepas makan. Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak glukosa yang terhasil dan mencetuskan hormon yang dipanggil ‘ghrelin’ yang berfungsi menyebabkan kelaparan.





Jika ada terasa lapar pada waktu malam, apa yang anda boleh ambil adalah seperti berikut:

1. Epal separuh
2. Beberapa keping ayam panggang
3. Beberapa keping keropok dengan satu sudu makan hummus
4. Setengah pisang dengan satu sudu mentega kacang
5. Segenggam kacang
6. Telur rebus
7. Semangkuk kecil potongan buah cincang seperti betik atau tembikai dengan keju.

Tapi sebelum tidur, pastikan anda memberus gigi anda serta membilas mulut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen