Para Ibu Bapa Perlu Berhati-Hati Dalam Mendidik Anak-Anak.

Dalam mendidik anak-anak, pasti setiap ibu bapa memiliki cara tersendiri untuk mendidik. Tidak mahu bercampur aduk dengan cara atau gaya yang lain kerana bagi mereka, itu bukan cara mereka. Memiliki ego tersendiri juga menyebabkan majoriti daripada ibu bapa sukar untuk menerima pandangan atau nasihat daripada individu yang lebih berpengalaman.

Ilmu kekeluargaan atau parenting ini, memang ramai ibu bapa mahu belajar dari kesilapan sendiri. Namun, tidak salah sekiranya jadikan kisah individu yang lebih berpengalaman sebagai pengajaran. Kerana itu ia dipanggil Parenting. Sesuatu ilmu yang ingin kita pelajari itu tiada tarikh luput dan tiada penghujungnya.

Jadi, berkenaan dengan mendidik anak-anak ini, berhati-hati dengan perbuatan malah tutur kata. Selain daripada itu, jangan terlalu mempengaruhi minda anak-anak dengan kepercayaan karut dahulu kala. Ceritakan sahaja hal sebenar supaya mereka tidak rasa ditipu. Jika mereka ditipu, secara langsung ia mempengaruhi minda mereka sehingga besar dan mengajar mereka untuk menipu.

Sebagai contoh dengan penjelasan dari saudara Encik Matt ini…

********

Pesan saya kepada isteri. Jika anak jatuh tangga,tersadung lantai biasanya anak akan menangis. Dan kebiasaan kita akan marah tangga,marah batu untuk senyapkan anak. Sebenarnya ini salah,kita telah ajar anak untuk menyalahkan orang lain jika lakukan kesalahan. Kena rotan cikgu nanti mereka akan salahkan cikgu,rosakkan barang orang lain nanti dia mengatakan barang dah nak rosak.

Sebenarnya perbuatan diatas kita telah didik psychology anak untuk memberi pelbagai alasan jika gagal. Gagal jawab exam anak salahkan soalan,gagal temuduga anak salahkan bakal bos,gagal dalam perkahwinan anak salahkan pasangan. Akhirnya mereka tidak sedar ego sedang menguasai diri.

So kepada ibu bapa hentikan salahkan perkara lain untuk menenangkan anak, sebaliknya didik anak untuk memaafkan orang lain hatta memaafkan tangga,batu,kucing,adik,abang atau sesiapa pun.

Sifat pemaaf buatkan anak-anak sayang semua orang.

Moga bermanfaat.

Image may contain: one or more people, grass, outdoor and nature

********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen