Manfaat Hari Jumaat Pada Para Lelaki.

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.

Banyak manfaat yang kita akan peroleh, terutamanya pada para lelaki.

Jom ketahui 5 manfaat perkara yang anda boleh belajar pada hari jumaat dengan penjelasan dari saudara Mohd Fhais ini…

********

1. Pentingnya Tepati Masa.

Kalau hari biasa suka melengah lengah waktu solat sampai dah minit terakhir baru nak solat zohor tapi hari jumaat tak boleh. Dengar sahaja azan kena masuk ke masjid dah. Kalau terlepas sehari solat jumaat maknanya rugi besar dan tak akan boleh di ganti balik. Mana boleh qada solat jumaat !

2. Hidup Umpama Roda.

Hari jumaat ni adalah peringatan besar pada kita bahawa hidup kita ni umpama roda. Bagaimana gembira atau sedih hidup kita sepanjang minggu ia tak akan bertahan lama. Masa akan berputar dan hari jumaat sentiasa kembali walau apa pun berlaku.

Ajar pada anak cucu sentiasa bersederhana dalam hidup supaya tidak kira saat mereka berada di atas atau di bawah mereka tak cepat putus asa.

3."Time Out" dari hal dunia.

Sedang kita merungut betapa penatnya hidup ini dengan tanggungjawab, tugas dan urusan dunia maka hari jumaat la satu hari untuk kita berehat. Tidak dapat sehari pun sekurangnya dapat "Time Out" 1-2 jam masa solat jumaat. Sejam otak di rehatkan dengan mendengar khutbah boleh meningkatkan dopamin dalam badan membuat kita lebih bersemangat dan bertenaga.

4. Peringatan Hari Tua.

Masa solat jumaat ni kita akan jumpa pelbagai orang, pelbagai ragam dari pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda tapi dah tak mampu solat berdiri, ada yang dah tua tapi masih cergas solat berdiri, ada juga yang hadir ke masjid dengan anak cucu. Hari tua itu pasti datang, cuma bagaimana hari tua kita nanti sahaja yang belum pasti, susah atau senang bergantung pada amalan hari muda. Sentiasa beringatlah !

5. Kita Semua Manusia Biasa.

Di masjid lah tempat setiap manusia itu di layan sama rata. Tiada kerusi kayu, tiada sofa dan tiada tempat duduk khas untuk golongan vvip, semuanya duduk bersila kecuali yang ada masalah lutut. Masa ini pangkat, harta atau pun pengaruh tak penting, yang membezakan hanya saf depan atau belakang.

Hari jumaat bukan sekadar untuk kita beramal jariah, bersedekah dan berbuat baik sahaja, di hari jumaat juga penuh dengan pengajaran dan kebaikan untuk kita yang namanya manusia.

Kerana hari jumaat sentiasa akan jadi "Reminder" pada kita untuk sentiasa berbuat dan mengajak kaum kerabat kita ke arah kebaikan.

Sekadar mampu bersedekah ilmu, harap bermanfaat.

********

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen