Tak Mahu Poket Kering Lepas Kahwin, Ikut Panduan Ini.

Oleh: Rafi

Trend buat majlis kahwin besar-besaran boleh dilihat dengan jelas di mana-mana sahaja. Walaupun ada yang mengaitkannya dengan soal pembaziran, namun segala-galanya bergantung kepada kemampuan pengantin. Jika mampu, boleh buat besar-besaran. Jika tidak mampu, buatlah seadanya. Perkara paling penting ialah menyempurnakan Rukun Nikah. Selebihnya hanya adat sahaja. Jika ditinggalkan pun tidak berdosa.



1) Masak sendiri.

Kaedah rewang yang diamalkan oleh masyarakat kampung sebenarnya sangat menjimatkan wang. Masak sendiri hidangan majlis. Menggunakan khidmat katering sebenarnya mahal kerana harga yang dicaj dikira mengikut jumlah tetamu.

2) Hadkan hantaran.

Usah terlalu terikut-ikut dengan jumlah dulang hantaran yang banyak. Cukuplah sekadar lima hingga tujuh dulang sahaja. Lebih banyak dulang, lebih banyak kos perlu anda tanggung untuk membeli barang di atas dulang dan hiasannya.



3) Hadkan persalinan pengantin.

Ada pasangan pengantin yang sengaja menyewa banyak persalinan sekadar untuk mengambil gambar. Untuk berjimat, cukuplah sekadar dua pasang persalinan sahaja iaitu satu untuk majlis nikah dan satu lagi untuk bergambar. Sudah memadai.

4) Pelamin mewah.

Perlukah bermewah-mewah menempah pelamin yang gah? Jika mampu tiada salahnya. Namun sebenarnya cukuplah jika memilih pelamin sederhana untuk memeriahkan suasana. Ada keluarga yang membuat sendiri pelamin untuk pengantin menggunakan kreativiti masing-masing. Lebih jimat dan cukup meriah. Menganjurkan majlis perkahwinan secara sederhana boleh menjimatkan wang. Ini kerana selepas berkahwin, pasangan pengantin baharu memerlukan lebih banyak wang untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri. Jadi, lebih baik fikir masa depan, kan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen