Tanda-Tanda Kita Ibu Bapa Penyabar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi ibu bapa bukanlah satu perkara yang mudah, terutama memiliki anak yang menguji kesabaran dan kemampuan kita ini. Hal ini kerana, setiap ibu bapa mempunyai kesabaran yang berbeza. Bukan itu sahaja, sikap anak-anak juga adalah berbeza antara satu sama lain. Sebab itu kesabaran kita ini juga akan berbeza-beza.

Namun begitu, pasti kita ini inginkan menjadi seorang ibu bapa yang baik dan yang mesra dengan anak-anak. Bukanya ingin membuat anak-anak takut dengan kita, nanti ia akan memberi kesan pada hubungan kita dan anak-anak.

Jadi nak tahu kita ini ibu bapa yang penyabar atau tidak? Ikuti sedikit perkongsian daripada Puan Nieza Termizi mengenai tanda-tanda ibu bapa penyabar.



5 tanda kita ibu bapa penyabar.

1. Tak terus menjerit dan marah-marah bila anak tumpahkan air.

Kita masih boleh senyum. Ala small matter ni. Tak ada isu besar pun. Fikiran pun tak serabut, hati pun tenanggg je. Kita ambil langkah untuk berkata

"Laa tumpah dah air. Takpe pergi ambil kain lap. Next time please be careful ya"

Instead of..

"Tak pandai pegang cawan ke? Kan mama dah kata mata tu tengok elok-elok. Ni siapa nak lap ni? (Mak singa)

2. Zip mulut daripada mengulas hasil buruknya.

Kita mengunci mulut daripada mengkritik hasil kerjanya yang buatkan kita tak puas hati. Contohnya, anak sengaja nak tolong kita basuh pinggan, padahal kita tahu kemampuannya. Awal-awal kita dah boleh expect hasilnya. So, kita dah ready dan prepare mental kita.

Setelah habis basah lantai dapur. Kita berkata,

"Bagus Ahmad, tolong umi cuci pinggan. You are a hardworking boy!

Berbanding mengkritik...

"Habis dah lantai basah-basah. Kalau tak pandai tak payah buat. Ni umi la kene lap ni"



3. Zip mulut daripada mengulas perangai buruknya.

Kita minta anak kita solat. Dia komen kita semula sedangkan kita sedang sibuk memasak di dapur.

"Umi tu tak solat tak apa pulak!

Kita sabar dan faham kenapa anak berusia 7 tahun cakap begitu. Walaupun panas telinga mendengarnya, dengan sabar kita membalas,

"Umi tengah masak ni. Umi solat lewat sikit. Nanti kakak nak makan, nasi tak masak lagi macam mana? Kakak kan dah lapar"

Berbanding naik angin dah berkata,

"Amboiii mulut. Siapa ajar cakap macam tu? Bagus ke cakap begitu? Kecik-kecik dah pandai melawan cakap!

4. Menegur tingkah laku negatifnya tanpa jemu.

Setiap hari kita tengok dia asyik mengulang salah yang sama. Walaupun dah beberapa kali kita menegur. Tapi kita sabar.

"Kakak, please. Baju dah pakai lepas mandi masuk dalam bakul. Terima kasih, kakak sebab selalu tolong mama"

Berbanding marah dah berkata,

"Berapa kali nak cakap? Baju kotor masuk dalam bakul. Bersepah depan bilik air. Penat la mama nak pesan berkali-kali!

5. Mendoakan anak dengan istiqomah.

Setiap hari doakan anak-anak dengan menyebut satu persatu nama anak-anak. Setiap kali itulah, kita bayangkan wajah baik mereka. Ikhlas dan sungguh-sungguh.

"Ya Allah, Ayaka anak yang solehah. Jadikan dia hamba yang taat kepadaMu dan kepada kami kedua ibu bapanya.
Berilah dia kebaikan di dunia dan akhirat. Amin.."

Berhenti berkata,

"Saya dah doa. Tapi masih belum dimakbulkan. Anak tetap degil tak mendengar kata"

Itu tanda kita berputus asa, tidak sabar dan terburu-buru.

----

Jadi kawan-kawan,

Mari koreksi diri. Kita kategori mana?

Please #share jika rasa bermanfaat ❤

Aniza

Kadangkala menjadi mak singa

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen