Apabila Tinggal Di Rumah Mertua, Ini Tips Agar Mereka Sayang Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika anda telah mencapai persetujuan bersama pasangan untuk tinggal di rumah ibu bapa kalian, maka anda perlu tahu adab-adab tinggal bersama dengan mereka. Hal ini kerana, ia sangatlah berbeza jika anda melakukan ia sama seperti jika anda tinggal di rumah sendiri.

Di dalam rumah tersebut, anda berkongsi dengan beberapa hati, bahkan ia juga bukanlah rumah kalian bersama. Sebab itulah anda perlu mempunyai adab yang baik agar ibu bapa mertua anda juga turut senang dengan kehadiran anda, malah mengalu-alukan anda.

Berikut adalah adab-adab yang perlu anda jaga:



1. Anggap mereka satu keluarga.

Jangan meletakan jarak atau jurang antara anda dan juga mereka. Jika anda tidak dapat menerima mereka dengan hati yang terbuka, maka agak sukar untuk anda menjalinkan hubungan yang baik untuk mereka. Anggap sahaja mereka itu adalah ibu bapa anda sendiri dan jangan pilih kasih antara ibu bapa anda dan juga mereka. Apabila anda ikhlas, mereka juga akan menerima baik kehadiran anda.

2. Luangkan masa berbual.

Jangan hanya terperam di dalam bilik sahaja. Cuba untuk cari masa yang terluang dan berbual dengan keluarga mertua anda. Ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan, malah anda juga akan dianggap mesra dan tidak sombong.

3. Tinggalkan rumah mertua pada hari hujung minggu.

Apa kata sesekali seperti cuti yang panjang dan hujung minggu anda cuba keluar dari rumah tersebut. Ini kerana ingin membiarkan anda dan ibu bapa mertua terasa lapang serta mempunyai masa yang tersendiri. Tetapi sekali skala tidak salah untuk mengajak mereka bersama-sama dengan anda.

4. Jangan masuk campur.

Setiap perkara yang berlaku antara ibu bapa mertua anda dengan ipar-duai adalah perkara yang tidak perlu anda campur tangan. Biarkan mereka menguruskan hal mereka sendiri, dan jangan sesekali untuk cuba menjadi batu api atau mengadu perkara yang akan memanaskan keadaan. Adalah lebih elok jika anda hanya menguruskan hal anda sendiri dan berbaik dengan semua orang.

5. Jangan lupa bantu kerja rumah.

Apabila tinggal di rumah mertua ini anda perlulah ringan tulang, jangan sesekali anda bersikap malas atau membiarkan ibu mertua anda menguruskan suami anda serta rumah. Jika anda bekerja, hulurkan sedikit bantuan apa yang patut, jangan biarkan mereka rasa diperlakukan seperti orang gaji.



6. Jangan mengadu dengan suami.

Jangan terlalu mudah untuk mengadu semua perkara pada suami anda terutama jika berkenaan dengan ibu bapanya. Hal ini akan membuatkan anda kelihatan buruk di mata suami serta ibu bapa mertua anda. Adalah lebih elok jika perkara yang anda terasa itu disimpan di dalam hati sahaja.

7. Jangan berebut suami anda.

Suami anda adalah milik ibu bapanya selamanya. Jangan sesekali anda juga membuat ibu bapa mertua anda terasa seperti anda telah mempengaruhi anaknya itu sehinggakan mula berjauhan dengannya. Anda hanya berkuasa terhadap suami atau isteri anda apabila di dalam bilik tidur sahaja.

8. Hulur wang belanja.

Ini adalah perkara yang wajib anda lakukan. Jangan biarkan ibu bapa mertua merasakan mereka ini menanggung anda. Apabila tiba gaji, cuba hulurkan sedikit wang belanja dan wang dapur untuk rumah tersebut.

Apabila duduk rumah mertua ini kita perlu lebih banyak bertolak ansur dan jangan bersikap diva ye. Nanti tidak disenangi oleh mereka pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen