5 Perkara Penting Menjelang Hari Perkahwinan Bakal Pengantin Perlu Tahu.

Setiap bakal pengantin pasti akan berasa teruja walaupun sedikit gugup ketika majlis perkahwinan. Oleh itu persiapkan diri anda dengan 5 perkara seperti berikut;

1. Kad Pengenalan Diri.

Jangan lupa bawa kad pengenalan anda dan pasangan. Kad ini perlu diserahkan kepada jurunikah yang mengetuai majlis akad nikah anda nanti. Tanpa kad pengenalan, urusan akan jadi susah kerana dokumen itu sememangnya diperlukan.

Walaupun ada yang fotokopi, kad pengenalan sebenar perlu ada. Jadi, elakkan daripada kehilangan kad pengenalan. Jika hilang, misalnya diragut, sila buat laporan polis dan dapatkan salinan laporan itu untuk ditunjukkan kepada jurunikah.

2. Mas Kahwin.

Mas kahwin perlu ditunjukkan kepada jurunikah sebelum akad nikah dimulakan. Mas kahwin ialah pemberian wajib kepada pengantin perempuan dan termasuk dalam rukun nikah. Mak kahwin minimum telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam negeri tertentu.

Jika anda mahu beri mas kahwin lebih daripada yang ditetapkan dan jumlahnya beribu-ribu, sila buatkan cek untuk memudahkan urusan. Tak perlu bawa wang tunai kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

3. Kehadiran.

Pastikan kehadiran individu yang penting dalam urusan akad nikah. Misalnya kehadiran pasangan pengantin, jurunikah, saksi dan wali. Telefon untuk mengingatkan mereka ini sehari sebelum majlis berlangsung. Ingatkan hal penting terutamanya mengenai waktu perlu berada di lokasi pernikahan.

4. Tepati Masa.

Sila tepati masa yang telah diberikan oleh jurunikah. Ini kerana jurunikah bukan hanya mengetuai majlis akad nikah anda sahaja. Dia perlu ke lokasi lain untuk urusan akad nikah orang lain pula. Jadi, sila hadir ke lokasi anda bernikah pada masa yang telah ditetapkan supaya urusan lebih mudah.

5. Bakal pengantin lelaki akan berasa gugup ketika melafazkan akad nikah.

Pengantin lelaki dinasihatkan supaya banyak bertenang. Jangan kelam-kabut pada hari pernikahan. Minum air masak secukupnya. Bertenang dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang dihafal. Jika tidak bertenang, akan akan mudah gugup apatah lagi ketika akad nikah nanti.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Pengantin Baru!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen