Anak Tidak Meragam Masa Mengerjakan Umrah, Datin Sri Shahidah Berkongsi Tipsnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini Datin Sri Nur Shahidah telah pergi mengerjakan umrah bersama kedua ibu bapanya. Apa yang menarik perhatian adalah Yusoff Al Qardawi yang dikatakan tidak menangis mahu mengamuk ketika ibunya itu sedang mengerjakan umrah.




                            

Seperti yang ramai tahu, mengerjakan umrah ini perlu melakukan beberapa rukun seperti tawaf dan sebagainya. Apabila menunaikan umrah, sudah pastilah ibu-ibu tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan solat berjemaah.


Rupa-rupanya, sebelum berangkat ke umrah, Datin Sri Shahidah telah melakukan beberapa persediaan agak anaknya itu selesa akan suasana di sana.

Tips yang dikongsikan oleh beliau adalah:

Beliau telah membiasakan Yusoff untuk mengikuti solat berjemaah di masjid. Lama kelamaan, Yusoff mula memahami dan akan terbaring disebelahnya sehingga selesai solat.

                 

Shahidadherbs Ramai tanya mcm mana bawa baby @yusoffalqardawi waktu umrah....waktu solat mcm mana dia x nangis ke?

1-2 bulan sebelum umrah saya biasakan yusoff ikut saya solat di masjid waktu subuh...supaya dia terbiasa......mula2 dia nangis2 juga waktu mula2 ajar tu sbb orang x ambik dia,dari sehari ke sehari dia dah boleh faham time solat dia akan baring kat situ sampai habis solat.....kadang2 dia pula yg sengih2 kat kita time kita tgh solat tu....

Alhamdulillah kat sini belum lagi sekalipun yusoff meragam time solat.......yg penting sebelum solat bagi dia cukup tidur cukup susu..Insya Allah selamat kita

Rata-rata pengikut Instagram Datin Sri Shahidah memuji tindakan beliau yang melatih Yusoff dari awal lagi. Selain itu juga, ada yang memuji kelakuan Yusoff yang tidak meragam disaat ibunya mengerjakan ibadah umrah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen