13 Tindakan Mudah Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Kukuhkan Hubungan Suami Isteri.

Oleh: Rafi

Semua orang tahu bahawa perkahwinan yang kukuh perlukan usaha. Hakikatnya, kita semua manusia biasa. Manusia buat silap, ada masanya emosi dan kadang-kadang terlupa pesanan si dia. Tapi masih ada pasangan yang mampu bina hubungan yang bahagia, sihat dan hebat yang bertahan sampai hujung nyawa. Bagaimana caranya? Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian.



1. Layanan yang baik.

Pilih untuk berbuat baik sekerap yang mungkin. Anda patutnya layan pasangan anda sekurang-kurangnya sebaik layanan anda terhadap orang asing atau masa anda mula-mula bercinta.

2. Hargai kehadiran satu sama lain.

Anda dan pasangan sepatutnya jadi kawan baik untuk satu sama lain. Anda suka habiskan masa bersama-sama. Anda suka berseronok bersama. Anda suka lakukan aktiviti bersama. Anda sepatutnya jujur dan boleh berterus terang dengan satu sama lain

3. Ucapkan kata cinta sekerap mungkin.

Gunakan setiap peluang yang anda. Beritahu pada dia yang anda sayang dan cintakan dia. Secara berdepan, dalam telefon, whatsapp - ucapkan kata cinta itu dengan ikhlas. Beritahu padanya yang anda sayangkan dia, dia melengkapi hidup anda, dan andai hargai semua pengorbanannya.



4. Jujur.

Terus terang tentang perkara-perkara yang buat anda marah, jangan besarkan perkara yang kecil dan lakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama

5. Hadkan pengaruh luar.

Sentiasa bincang isu-isu tentang hidup anda bersama dan jangan mudah percaya kata orang lain.

6. Hadiah kecil boleh beri makna yang besar.

Sentiasa tunjukkan cinta anda padanya dengan hadiah-hadiah kecil dan kata-kata yang manis untuk buat dia percaya yang anda cintakan pasangan anda.



7. Luangkan masa untuk diri sendiri.

Kata orang, 'kalau sayang, tinggal-tinggalkan'. Sekali sekala, kena pentingkan diri sendiri. Ambil masa untuk buat apa yang anda suka sama ada seorang diri atau bersama kawan-kawan. Bila sekali sekala berjauhan anda pasti akan rindukan pasangan anda. Bila berjumpa semula, gembiranya tak terkata!

8. Realitistik.

Terima hakikat bahawa anda bukan hidup dalam drama atau novel. Anda dan pasangan anda sama-sama tak sempurna jadi jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi. Jadi realistik.

9. Jangan ambil mudah perasaan si dia.

Jangan lupa betapa pentingnya perkara-perkara kecil, contihnya pelukan atau pujian. Jangan ambil mudah perasaan pasangan anda.

10. Jadi diri anda sendiri.

Memang anda dan pasangan saling melengkapi, tapi anda dan pasangan anda tetap orang yang berlainan. Selama mana pun anda bersama, anda sentiasa akan ada perasaan dan kemahuan yang berlainan.



11. Bina hubungan persahabatan yang kukuh.

Jadi kawan baik satu sama lain. Pasangan anda sepatutnya jadi orang yang anda cari dan suka luangkan masa bersama. Hubungan kelamin antara suami isteri sahaja tak cukup. Anda akan lalui cabaran bersama sebagai suami isteri dan anda perlukan seseorang yang mahu harungi bersama anda.

12. Fahami bahawa hubungan anda perlukan usaha dari kedua belah pihak.

Terus tentang tentang apa yang anda mahu dan perlu dan dengar apa yang dia mahu dan perlu.

13. Tak ada perkahwinan yang sempurna, tapi tak apa.

Tak ada benda yang sempurna setiap masa. Ada masanya anda akan bergaduh dengan pasangan anda. Ada masanya, dia akan buat sesuatu yang buat anda terluka. Hubungan yang baik akan bincangkan perkara-perkara seperti ini dan harunginya bersama. Hubungan yang tak baik akan biarkan perkara seperti ini berlarutan hingga ia menjadi isu yang jauh lebih besar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen