Antara Masakan Untuk Memikat Hati Ibu Mertua.

Sebagai isteri, anda bukan sahaja perlu memasak untuk memikat hati suami, hati ibu mertua juga anda perlu pikat supaya menjadi anak menantu kesayangan. Ibu mertua sayang, suami lagi sayang. Senang hati si suami apabila si isteri tiada masalah dengan ibu kandungnya sendiri. Nak buat kerja di pejabat pun tidak stress, apatah lagi balik rumah pun berlapang dada.

Jom cuba antara masakan di bawah bukan sahaja untuk memikat perut dan hati suami, malah ibu mertua juga.

1. Asam pedas Ikan Kembung.

Nak pikat hati ibu mertua, cubalah masak antara masakan kampung dan mudah ini. Guna sahaja ikan kembung kerana mudah dibasuh dan di-siang. Kisarkan bawang merah, cili merah, bawang putih dan belacan. Kemudian tumis dengan serai sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan daum kesum. Kemudian sayur bendi dengan ikan kembung. Masukkan garam dan gula. Siap!

2. Rendang Negeri Sembilan.

Image result for rendang ayam negeri sembilan

Cuba pula masakan yang lebih advance. Nanti ketika perayaan mesti ibu mertua jatuh hati dengan rendang ‘nismilan’ anda. Masukkan ayam bersama bahan kisar (cili api, serai, kunyit, lengkuas) dan serai titik. Masak hingga ayam kecut. Bila ayam dan kering, masukkan sedikit air dan santan. Biarkan mendidih dan bolehlah masukkan asam keping serta garam secukup rasa. Bila kuah dah agak kering, masukkan kerisik. Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Siap!


3. Pulut Pisang Sira.

Desert tradisional ini juga sesuai untuk memikat hati ibu mertua anda. Cuci dan rendam beras pulut terlebih dahulu. Kukus beras pulut bersama santan dan sedikit garam hingga masak. Dalam satu periuk lain, masukkan santan, gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Masak sehingga sebati dan masukkan pisang emas yang telah dibelah dua. Biarkan mendidih. Kemudian sedia dihidang bersama pulut. Siap!

4. Nasi Lemak Ayam Percik.

Nasi lemak dengan ayam percik adalah kombinasi yang jarang orang lihat. Makanan ini terkenal di Kelantan. Cuba pikat ibu mertua anda dengan makanan yang lain dari lain ini. Jadi rebus dahulu cili kering atau cili padi kemudian kisar dengan halia, kunyit hidup, lengkuas, jintan manis, jintan putih dan santan. Daun kunyit diracik racik. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan masak sehingga minyak santan pecah. Sejukkan dan boleh la perap ayam tadi bersama daun kunyit. Panggang secukup rasa. Siap!

Nasi lemak masak seperti biasa, cuma sambal ganti dengan kuah ayam percik.

Selamat Mencuba!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen