Jika Bergaji Kecil, Jangan Takut Untuk Bersedekah.

Jom lihat perkongsian mengenai sedekah seperti soal jawab dibawah;

Soalan:

Apabila Keadaan Ekonomi Kurang Baik Ramai Yang Takut Bersedekah. Antara Sebabnya, Takut Tidak Cukup Makan Dan Kegunaan Harian. Apakah Benar Dakwaan Ini?

Jawapan:

Itu adalah anggapan yang tidak tepat dalam Islam. Walaupun ada pepatah Arab yang sebut, orang yang tidak ada apa-apa tidak mampu memberi apa-apa. Namun, memberi dalam keadaan kita serba kekurangan atau tidak ada adalah sangat berharga dan tinggi nilai peribadinya.

Nabi Muhammad SAW pun tidak berharta tetapi baginda tetap bersedekah.

Dalam satu peristiwa, pernah Nabi memberikan baju yang baru dibeli dan dipakainya apabila didatangi oleh seorang lelaki Arab yang meminta baju itu daripada baginda.

Rasulullah SAW pernah bersabda daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya:

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya.” (Sahih Muslim)

Selain daripada itu, jangan keliru dengan konsep sedekah. Sedekah tidak sama dengan zakat kerana ia bergantung kepada keupayaan dan keahlian manakala sedekah tidak bergantung kepada yang demikian.

Analogi bahawa sedekah itu mesti dengan wang ringgit juga adalah tidak tepat. Rasulullah pernah bersabda bahawa senyum itu pun sedekah. Maknanya, sedekah itu tidak terlalu berkait dengan harta.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Setiap makruf itu sedekah, dan orang yang menunjukkan kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya, dan Allah mengasihi orang yang membantu orang yang benar-benar memerlukan pertolongan.” (riwayat al-Bukhari)

Jadi, kita masih boleh bersedekah tenaga, ilmu atau buah fikiran. Bukan semua orang yang berilmu itu kaya tetapi mereka boleh sedekahkan ilmu untuk kebaikan orang lain.

Kemiskinan adalah perkara yang akan berlaku sepanjang masa. Dari segi teorinya, ia mungkin boleh dihapuskan tetapi realitinya ia tetap berlaku.

Pernah berlaku pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz walaupun seolah-olah sukar mencari golongan asnaf. Sebabnya iman rakyat ketika itu adalah tinggi dan semuanya tidak mahu terima zakat. Sebaliknya mahu menjadi pembayar zakat.

Hayatilah firman Allah yang bermaksud:

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya.” (Al-Baqarah: 268)

Soalan:

Ada Juga Individu Yang Apabila Ekonomi Meleset Baru Hendak Membayar Zakat. Adakah Ini Hikmah Di Sebalik Hal Itu?

Jawapan:

Bagi golongan begini, kita ucapkan selamat datang dan tahniah. Sebabnya, mereka sudah sedar tentang kewajipan berzakat.

Semasa waktu senang mungkin mereka terlupa mengingat Allah. Ini sebagaimana disebut dalam Al-Quran yang maksud-Nya:

“Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau sewajarnya). Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. Ingatlah, sesungguhnya kepada Tuhamu tempat kembali (untuk menerima balasa).” (Al-Alaq: 6-7)

Bagaimanapun, Allah yang Maha Pemurah bangga melihat hamba-Nya yang ingat kepada-Nya walaupun pada waktu mereka ditimpa kesusahan. Namun, sikap begini harus dipuji. Sebabnya waktu senang mereka susah nak bayar zakat tetapi apabila waktu susah, senang mengeluarkan zakat.

Kesimpulannya apa yang penting ialah niat, keikhlasan dan istiqamah dalam melaksanakannya.

Wallahua’alam. Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen