Antara Kerja Sampingan Yang Membantu Tingkatkan Pendapatan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam keadaan ekonomi sebegini, pasti ramai orang memerlukan wang tambahan untuk menampung kehidupan harian mereka. Mana tidaknya, kos sara hidup yang semakin meningkat ini pastinya memerlukan anda berkerja lebih keras lagi untuk perolehi keselesaan hidup.

Jika hanya duduk diam dan berharap wang gaji meningkat ataupun harga barang turun, ia pastilah satu harapan yang tidak akan pernah berlaku dan mengambil masa yang lama. Maka dengan itu, anda perlu bijak untuk mencari peluang perkerjaan yang lain. Mungkin sedikit penat tapi pastinya ia berbaloi untuk tambah pendapatan hidup anda.

Kerja-kerja sampingan ini akan tersangatlah membantu anda terutama jika anda sedang mengumpul duit perbelanjaan kahwin ataupun anda masih belum mempunyai simpana lagi. Berikut adalah antara kerja sampingan yang boleh anda lakukan.



                              

1. Berniaga secara dropship.

Anda tak pegang produk. Anda terima sahaja duit daripada pelanggan anda, lepas tu anda bayar kepada vendor untuk vendor poskan dan hantarkan kepada pelanggan anda. Kiranya anda adalah pemasar untuk vendor anda tu lah.

Anda dapat untung daripada peratus perbezaan tu. Apa yang anda tawarkan ialah kemahiran anda sebagai seorang pemasar. Memasarkan produk itu kepada orang ramai

Sekarang ni tak payah pun cold-calling. Telefon orang tak dikenali. Ada Facebook, Google, blog, dan macam-macam lagi cara nak dapatkan jualan. Tapi anda kena eksperimen apa yang dapat menarik jualan untuk anda. Ramai orang menyerah kalah awal. Tapi kalau anda cekal, boleh dapat banyak duit daripada dropship ni.

                            

2. Mengambil tempahan menjahit baju.

Umpah mengambil tempahan menjahit baju kini semakin mahal, terutama jika anda bijak melakukan pelbagai design yang menarik. Pasti anda akan lebih mudah mendapat tempahan orang ramai. Kemahiran sebegini tidak boleh dipersiakan, anda harus gunakan kebolehan ini sebaik mungkin.

Anda boleh lakukannya apabila musim perayaan mahupun musim majlis perkahwinan. Kerja ini anda boleh lakukan di rumah jika anda mempunyai kelengkapan yang cukup sambil itu bolehlah anda melihat anak-anak sekali.

                               

3. Buat gubahan hantaran kahwin.

Banyak juga orang berniaga membuat hantaran ni. Setiap minggu ada sahaja orang akan kahwin. Tak semua orang tahu macam mana nak buat hantaran jadi anda permudahkan hidup pasangan yang nak berkahwin ni dengan menawarkan servis anda.

Jadi jika anda kreatif dan mahir akan perkara sebegini, tidak salah jika anda lakukan ini secara sampingan pada hujung minggu. Setiap bayaran untuk satu sedulang hantaran ini agak lumayan. Jadi rugilah jika anda sia-siakan kemahiran yang anda miliki itu.



                           

4. Jurugambar.

Tahukah anda bahawa jurugambar ini mempunyai pemintaan yang ramai. Mana tidaknya, setiap kali majlis pasti memerlukan gambar untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Maka dengan itu, jika anda miliki kemahiran ini jangan dipersiakan.

Mulakan langkah sebagai pembantu jurugambar terlebih dahulu. waktu kerja juga tidak padat malah ia hanya boleh dilakukan pada hujung minggu sahaja. Rugi jika anda lepaskan peluang ini.

                               

5. Pelayan restoran.

Kerja ini mungkin agak memenatkan sedikit tapi ia pasti akan memberi anda keseronokan. Mana tidaknya malam anda tidak akan sunyi lagi. Lebih ramai anda bertemu orang ramai makin meriahlah hidup anda. nak lagi seronok jika anda memiliki suasana kerja yang menyeronokan.

Banyak sahaja peluang kerja sebagai part time pelayan restoran. Masa yang disediakan mungkin diantara pukul 6-12 malam. daripada anda lepak membuang masa dan menghabiskan duit, baik anda lakukan kerja sampingan ini.

                            

6. Membuat penghantaran makanan.

Sekarang ini banyak kedai makan yang memerlukan runner sebagai penghantar makanan. Tapi pastikan anda memiliki motosikal, itu pun jika majikan anda tidak sediakan.
Berkerja sebagai penghantar makanan ini biasanya dikira melalui jam, semakin banyak masa anda lakukan kerja ini, semakin banyaklah wang yang anda kumpulkan.

                               

7. Mengambil tempahan makanan.

Jika anda mahir memasak, janga dipersiakan kemahiran itu. Hal ini kerana, anda boleh lakukan ini sebagai kerja sampingan anda. Anda boleh mengambil tempahan makan dan mengambil upah dari perkerjaan itu.

Tidakpun anda boleh menyediakan beberapa menu dan pelanggan anda boleh lakukan tempahan berdasarkan menu yang ada. Tak payah buat jauh-jauh, anda boleh lakukan disekitar kejiranan anda terlebih dahulu. Pasti ia tersangat berbaloi.

Ini adalah beberapa contoh kerja sampingan yang boleh anda lakukan untuk mencari wang lebih. Jika anda perlu wang dalam masa terdekat, kerja sebegini tidak sesuai untuk anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen