Tips Pikat Isteri Tanpa Mengeluarkan Modal Yang Besar.

Kaum lelaki sering salah sangka atau salah faham cara untuk memikat hati wanita. Pada mula perkenalan, pasti mereka merasakan, wanita yang diminatinya pasti inginkan lelaki yang berharta, duit yang banyak dan serba kaya. Namun, sebenarnya kaum wanita mahukan perhatian daripada lelaki sahaja, kerana wanita pada zaman sekarang sudah bekerjaya dan mampu peroleh semua barang kehendaknya dengan duit sendiri.

Akan tetapi, jika sejak permulaan perkenalan sudah disogok dengan kekayaan, tidak mustahil kaum wanita menjadi manja atau spoil dengan duit, dan ia menyebabkan wanita mahukan duit sahaja setelah berkahwin. Tidak hairan sekiranya setelah berkahwin, ramai pasangan muda bercerai hanya kerana kewangan.

Kaum lelaki juga perlu tahu, setelah berkahwin bukan pekerjaan yang stabil sahaja wanita mahukan pada suaminya, yang penting adalah bagaimana seorang lelaki itu konsisten untuk menjadi romantik dan sentiasa memahami emosinya. Itu yang lebih penting!

Seperti perkongsian dari saudara Amir Syahir ini….

********

Hati isteri perlu dijaga kerana isteri merupakan tunjang utama dalam rumah tangga. Jika hati isteri gembira dan ceria, rumah tangga juga akan harmoni sentiasa.

Nak ambil hati isteri tak susah. Tak semestinya memerlukan belanja yang besar. Buat apa yang isteri suka sudah membuatkan hatinya berbunga-bunga.

Nak tahu macam mana nak ambil hati isteri tanpa belanja besar? Jom baca ni:

1. Jika isteri masak, suami tolong basuh pinggan atau hidangkan.

2. Jika isteri basuh baju, suami tolong sidai di ampaian.

3. Jika isteri lipat baju, suami tolong kemas dan susun dalam almari.

4. Tolong basuh kereta isteri.

5. Sekali sekala belikan isteri hadiah.

6. Ungkapkan kata-kata cinta buat isteri setiap hari.

7. Jangan buat apa yang isteri tidak suka.

8. Bawa isteri jalan-jalan ke tempat yang membuatkan dia tersenyum bahagia.

9. Buat kejutan untuk isteri sekali sekala. Contohnya macam hari jadi, hari ibu atau ulang tahun perkahwinan.

10. Bila isteri masak, puji la masakan dia walaupun tak sedap mana pun. Sama juga kalau isteri pakai cantik. Puji la dia. Dengan pujian kau tu akan menjadikan harinya begitu indah.

11. Isi kereta minyak isteri. Isteri pergi kerja pasti tersenyum tanda gembira.

12. Jika isteri bercerita layankan sahaja. Kalau tak mampu bagi pendapat, angguk kepala pun dah cukup buat dia rasa lega.

13. Tolong dodoikan anak.

14. Tolong isteri buat susu anak, mandikan anak, dan salin pampers anak.

15. Bagi isteri tidur yang secukupnya.

***

Mudah kan? Tak perlu belanja besar pun. Tak perlu tunggu hari istimewa baru nak menghargai isteri. Jadikan setiap hari adalah hari yang istimewa buat isteri.

Isteri bukan hamba. Isteri teman hidup yang sanggup berkorban apa saja untuk kau dan anak-anak. Gembirakanlah hatinya semampu kau.

Pengorbanan isteri tiada penghujungnya. Dia bertarung nyawa melahirkan zuriat buat kau. Setelah berkahwin, dia terus fikir suami dan anak-anak lebih daripada dirinya sendiri. Kawan baiknya adalah suaminya.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen