Cara Untuk Mengatasi Gejala Anak-Anak Yang Ketagih Dengan Internet Mahupun Telefon Bimbit.

Ketagihan anak-anak kecil dengan telefon bimbit semakin berleluasa. Dengan perkembangan teknologi ia menjadi semakin sukar untuk mencegah aktiviti anak-anak kecil ini. Ramai sahaja pasangan ibu bapa khuatir aktiviti sebegini akan menyebabkan anak-anak kecil mereka akan mengalami masalah kesihatan. Tumbesaran anak-anak kecil juga berkemungkinan besar akan terbantut dari semua aspek.

Seperti minda tidak berkembang, malah sukar untuk berkomunikasi.

Pasti ramai pasangan ibu bapa mencuba pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah ini. Namun, sebahagian daripada mereka berasakan pelbagai kaedah yang dicuba tidak berjaya untuk mencegah ketagihan anak-anak kecil ini, dan mula berputus asa.

Menurut Pensyarah yang juga pakar runding psikitris, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari:

Bagi mengatasi masalah berkenaan ibu bapa perlu memberikan perhatian mengenai penggunaan Internet di kalangan anak-anak kerana pada usia kanak-kanak dan remaja tidak dapat menilai maklumat di dalam Internet.

“Sesetengah negara menyediakan perisian yang sesuai bukan saja untuk mengehadkan penggunaan Internet dan menapis kandungan tetapi juga memantau apa yang dilihat oleh anak mereka.

“Dengan ini ibu bapa boleh memastikan apa yang diakses oleh anak mereka di Internet kerana ini penting bagi perkembangan kanak-kanak,” katanya.

Dr. Muhsin berkata, di Korea misalnya, ramai remaja membunuh diri kerana mereka mendapat maklumat mengenainya di Internet.

Justeru remaja dan kanak-kanak perlu dididik mengenai Internet sama ada di sekolah atau di rumah. Tanpa didikan atau bimbingan, kanak-kanak tidak dapat memilih mana yang benar atau salah.

Selain daripada itu terdapat juga kaedah lain iaitu dimulakan dari ibu bapa itu sendiri;


1. Jangan leka mengadap telefon bimbit ketika makan.

Ibu bapa tidak seharusnya leka mengadap telefon bimbit ketika makan bersama keluarga. Sesibuk mana pun anda dengan kerjaya, elakkan meletak telefon bimbit disisi anda ketika sedang menikmati makan berjemaah dengan keluarga. Nikmatilah juadah makanan bersama keluarga, usik-mengusik, mengambil dan meletak makanan pada pinggan ibu, bapa atau adik beradik yang lain.

Ingat, setiap pandangan anak-anak kecil pada ahli keluarganya dapat diserap dengan pantas untuk mereka ikuti.

2. Jangan leka mengadap telefon bimbit ketika beriadah.

Kemudian, ketika beriadah bersama keluarga, sama ada family gathering atau holiday, elakkan leka mengadap telefon bimbit sahaja. Jangan terlalu asyik setiap aktiviti mahu dirakam dan muat naik dalam Insta Story, Facebook story atau Live dan seumpama dengannya. Dengan cara begini juga, anak-anak kecil akan mula mengikuti jejak langkah anda.

Bukannya tidak boleh merakam atau merekod aktiviti untuk dijadikan sebagai kenangan, tetapi jangan terlalu obsess sehingga tidak berkomunikasi langsung dengan ahli keluarga yang lain. Oleh kerana itu, ramai sahaja anak muda sekarang yang mengakui dirinya sebagai seorang yang pendiam atau introvert.

3. Jangan leka bermain game di depan anak-anak.

Telefon bimbit pasti menyediakan pelbagai permainan untuk mengelakkan hari-hari anda menjadi bosan. Sebagai contoh jika anda seorang suami yang sepatutnya sama-sama membantu isteri untuk mengemas rumah, namun anda hanya leka bermain game sebaliknya. Tindakan sebegini pasti akan mempengaruhi minda anak-anak lelaki juga.

“Kenapa saya nak kena tolong ibu, sedangkan ayah boleh bersenang-lenang? Saya nak jadi macam ayah…”

Anak-anak generasi sekarang, makin bijak berbicara. Hati-hati!

Jadilah contoh yang baik untuk anak-anak sejak dari kecil lagi, supaya dapat diteladani dan menjadi sumber inspirasi anak-anak pada generasi alpha ini.

Semoga Bermanfaat Dan Jadilah Ibu Bapa Yang Bijak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen