3 Isu Yang Sering Menjadi Masalah Dalam Keluarga.

Dalam membina keluarga, pasti ada sahaja masalah atau konflik yang timbul dan perlu diselesaikan dengan cara rasional. Seorang suami selaku ketua keluarga perlu bersikap dan berfikir rasional supaya setiap masalah dapat diselesaikan dengan solusi yang terbaik.

Antara isu yang sering menjadi masalah dalam keluarga adalah seperti berikut;

1. Kemiskinan.

Apabila sesebuah keluarga tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas, seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan, dan juga pengangkutan. Jika ketua keluarga tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan keluarganya, pasti akan berhadapan masalah dalam rumah tangga.

Kesannya;

  • Masalah pendidikan anak-anak.
  • Terpaksa tinggal di kawan setinggan, dimana terdapat banyak kekurangan kemudahan asas.
  • Masalah emosi yang menjurus kepada gejala sosial dikalangan anak remaja seperti jenayah dan penyalahgunaan dadah.
  • Masalah kesihatan.

4 perkara ini menyebabkan keluarga menjadi tidak tenteram, dan mendorong kepada perceraian dan keganasan rumah tangga.

2. Pengangguran.

Situasi ini menunjukkan keadaan seseorang yang aktif daripada segi ekonomi tetapi tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau malas bekerja mengakibatkan kehidupan dalam keluarganya tidak sempurna.

Apabila suami tidak bekerja, beban untukmenyempurnakan perbelanjaan keluarga diserahkan kepada isteridan anak-anak. Bila isteri terpaksa bekerja untuk menyara keluarga, pengurusan anak-anak dan rumahtangga terabai.

Pengabaian ini boleh mengakibatkan anak-anak tidak mendapat kasih sayang atau disiplin mereka tidak dikawal. Keadaan inimembawa anak-anak terpedaya dengan aktiviti yang merugikan sehingga timbul bermacam-macam masalah keluarga.

3. Pengabaian.

Disini terjadi apabila sikap ibu bapa sendiri yang tidak memberi perhatian kepada anak-anak apabila berlakunya kemiskinan dan pengangguran salah seorang dari ibu bapa. Ia menjurus ibu bapa utnuk tidak berdisiplin dalam menjaga anak-anak, dan hanya membiarkan mereka melakukan kesalahan iaitu gejala sosial.

Ramai remaja mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana tidakmendapat didikan serta perhatian sewajarnya daripadaibu. Selanjutnya, suami yang tidak menunaikan tanggungjawabutama seperti memberi nafkah zahir kepada keluarga, akan memberi tekanan kepada pihak isteri dan anak-anak untuk memikirkan cara mendapatkan wang yang cukup bagi menyara kehidupan.

Disinilah untuk mengetahui ilmu keagamaan yang dimiliki oleh pasangan ibu bapa pada tahap yang bagaimana. Jika anak tidak diberi panduan, sudah tentu anak remaja hanya mengikut naluri dan nafsu semata-mata.

Kesannya, hubungan kekeluargaan menjadi tidak harmoni. Perpecahan atau pertelingkahan di antara suami dan isteri boleh menimbulkan keadaan kucar-kacir. Pertelingkahan berpunca dari wujudnya sikap tidak hormat menghormati antara satu sama lain. Suami tidak menghormati isteri dan anak-anak pula tidak menghormati ibubapa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen