“Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.”

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya orang lelaki ini akan lebih cepat mengalah apabila berlawan mulut dengan orang perempuan. Mana tidaknya, bila lelaki cakap 5 patah perkataan, si wanita pula membalasanya dengan 20 patah perkataan itu belum disertakan dengan fakta, bukti serta hadis-hadis yang sepatutnya. Memang boleh kalah orang lelaki macam ini.

Orang perempuan ini bila dah mula bercakap, pasti lambat nak berhentinya. Terutama jika mereka ini membebel, dari malam ke subuh belum tentu berhenti. Tapi ada baiknya jika anda yang mempunyai isteri atau pasangan ini melayan karenah seorang wanita bercakap. Tak percaya? Mari ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini.



                               

Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.

Serius tau, semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri. Padahal yang dia duk ngomel tu tak ada kaitan langsung dengan kerja pun..

Menurut kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM wanita boleh bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari. Orang lelaki pula hanya 7 ribu sahaja.

3 kali ganda lebih banyak !

Sebab itu bila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita duk berborak dengan kawan lelaki.

Bayangkan jika berborak dengan lelaki otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja. Mungkin kurang dari itu..



Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekaligus. Lebih banyak memproses akan menbuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.

Sebab inilah kenapa otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka dah berlatih bercakap 20 ribu patah perkataan sehari sejak kecil lagi..

Jadi memang tak hairanlah kalau isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap. Sebabnya mereka ada quota yang perlu dipenuhi.

Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba..

Kerana setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu pembawa rezeki..

Dulu pendiam, sekarang dah jadi peramah gara-gara dengar celoteh isteri setiap hari.

p/s : Kongsikan supaya lebih ramai lelaki yang tahu menghargai wanita yang petah bercakap..



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen