10 Aktiviti Yang Mampu Eratkan Hubungan Keluarga.

Demi menjaga hubungan kekeluargaan, ia perlulah dipupuk sejak dari usia yang muda, supaya dapat melahirkan generasi yang mampu mengekalkan tradisi keluarga. Anak-anak kecil perlu dididik untuk mengutamakan ahli keluarga dalam apa jua keadaan dan situasi, kerana ia mampu mempengaruhi tumbesaran minda anak dengan baik.

Apa yang kita dapat lihat pada zaman sekarang, ramai sahaja dikalangan kita sukar untuk membuat aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan keluarga, kerana kekangan masa. Namun, bukan alasan waktu dan masa sebenarnya, tetapi perkembangan teknologi seperti telefon bimbit yang menjejaskan komunikasi antara keluarga.

Jadi, setiap keluarga haruslah lakukan antara 10 aktiviti seperti di bawah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

1. Makan malam bersama.

Makan malam berjemaah bersama keluarga seharusnya diamalkan. Bukan sahaja untuk makan malam, terpulang pada setiap keluarga pada waktu bila boleh meluangkan masa ketika menikmati juadah bersama. Aktivit ini juga untuk mengetahui perkembangan setiap ahli keluarga.

2. ‘Barbeque’.

Aktiviti ini sering dilakukan ketika family day atau family gathering. Melakukan BBQ bersama keluarga adalah salah satu memori indah yang anda boleh lakarkan. Tidak semua keluarga mampu melakukan aktiviti sebegini dengan kerap kerana duduk berjauhan. Jadi, hargai keluarga anda sekiranya duduk berdekatan.

3. Menonton wayang bersama.

Jika anda sering menonton wayang bersama pasangan, apa kata kali ini lakukan bersama ahli keluarga pula. Pasti aktiviti ini jarang dilakukan secara berama-ramai dengan keluarga, mungkin anak muda zaman sekarang merasakan ia agak kolot. Namun, ia sebenarnya adalah aktiviti yang sentiasa menyeronokkan.

4. Bercuti bersama.

Anak muda pada zaman sekarang, pasti sering menggembara atau melancong bersama sahabat baik dengan pasangan sahaja, kerana bagi mereka tenaga orang muda berbeza dengan tenaga orang tua. Jangan sesekali berfikiran sebegitu kerana keseronokan melancong bersama keluarga adalah sangat bernilai.

5. Buat perancangan bersama.

Merancang masa depan sering kali dilakukan keseorangan atau dengan orang-orang tertentu sahaja. Jangan membelakangi ahli keluarga anda terutamanya kedua ibu bapa ketika merancang masa depan anda. Nasihat orang tua atau orang yang lebih berpengalaman ini, mempunyai pendapat yang berbeza.

6. Wujudkan tradisi keluarga.

Setiap keluarga pasti ada tradisi tersendiri seperti setiap minggu makan malam bersama, melancong di penghujung tahun atau seumpama dengannya. Jadi, wujudkan tradisi dalam keluarga anda supaya sentiasa ada memori yang terpahat di minda.

7. Buat photo album atau photo book.

Pada masa kini, lebih mudah untuk mengambil gambar jika dibandingkan dengan masa dahulu. Adanya kamera pada telefon bimbit dan mudah untuk dicetak. Jangan lepaskan peluang untuk lakukan photo book ini, supaya anda boleh throwback untuk melihat memori masa lalu.

8. Sertai program sukarelawan atau marathon bersama keluarga.

Kini banyak sahaja aktiviti outdoor yang anda boleh lakukan bersama keluarga, seperti larian, marathon, aktiviti sukarelawan dan sebagainya. Ajak keluarga anda untuk lakukan aktiviti yang tidak biasa anda lakukan bersama. Ia bukan sahaja dapat menolong orang yang tidak berkemampuan, menjadi lebih sihat dan produktif, malah dapat melihat apa yang terjadi sebenarnya keadaan di luar rumah kita.

9. Belajar kemahiran baru bersama.

Jika anda berasa kekok untuk belajar sesuatu kemahiran, ajak lah ibu bapa atau adik-beradik anda. Sekurang-kurangnya anda boleh mempelajari sesuatu bersama keluarga dan tidak keseorangan. Jika ada teman, pasti anda akan berasa lebih motivasi dan bersemangat.

10. Solat bersama.

Dan yang paling penting adalah, melakukan solat Jemaah bersama. Kerana solat adalah tiang agama dan kunci pada kebahagiaan keluarga anda.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen