Dalam Perkahwinan, Suami Isteri Perlu Tegur Kesalahan Antara Satu Sama Lain.Jom Ikuti Kisah Ini.

Siapa sahaja yang tidak pernah melakukan kesilapan? Hubungan antara sesama manusia pasti akan berlaku perbezaan pendapat yang akan menyebabkan pertelingkahan. Terutamanya dalam hubungan suami isteri kerana kita mahu hidup bersama pasangan ‘Til Jannah. Jadi, perlulah setiap pasangan itu berkomunikasi dan menegur kesilapan antara satu sama lain.

Jom ikuti perkongsian dari Puan Haslinda ini…

********

Hidup ini saling membetulkan. Mana yang salah, kita tegur. Bila kita silap, harus bersedia juga untuk ditegur.

Begitu juga dalam alam perkahwinan. Suami tegur isteri, isteri betulkan kesalahan suami bukan sesuatu yang harus dielakkan. Atau bukan satu pihak sahaja boleh menegur. Dua-dua boleh betulkan kesilapan pihak yang lain.

Tiada peraturan yang cakap, hanya suami sahaja boleh tegur isteri. Isteri tak boleh. Isteri ikut sahaja. Suami salah pun, diam je. Tegur karang ada yang sampai naik tangan kat isteri.

Rugilah suami yang macam ni. Sampai ke sudahlah diri tu macam tu. Kalau perangai tu buruk lagi kesian. Makin buruklah jadinya kalau tiada yang dibenarkan tegur kesalahannya. Yang salah, tiada siapa tolong betulkan.

Bersyukurlah duhai suami kalau bertemu pasangan yang suka membetulkan kesalahan anda. Silap-silap kecil dalam hidup boleh bagi impak besar dalam hidup bila ada yang betulkan.

Contohnya kau rasa solat dihujung waktu itu enteng. Aku solat juga. Mana pernah tinggal lima waktu. Cumanya, kau solat two in one. Tunggu hujung waktu sebab sekali je ambil wuduk, boleh guna untuk solat seterusnya.

Dalam certain conditions boleh je buat macam tu. Mungkin darurat ke, Islam ni mudah bila keadaan tak mengizinkan. Namun kalau tak ada apa hal, suka suki je lewatkan solat, sedih la kan. Jadi, bila isteri betulkan, dengar baik-baik.

Isteri tu sayangkan awak. Sebab tu dia tegur. Tak boleh berubah sekarang, ubah sikit-sikit dulu. Isteri pula, jangan berhenti membetulkan apa yang tidak berapa betul. Bila kita betulkan insan lain, kita sebenarnya sedang membetulkan diri sendiri. Kita juga terkadang buat kesalahan yang sama. Maka kita perlukan sokongan dari dia. Jom sama-sama berubah bang. Tak gitu.

Untung tau dapat isteri yang suka nak fix orang ni. Maknanya isteri awak tu bijak. Walaupun dia sedar bukan mudah nak ubah sikap dan perangai oranglain, dia tetap cuba nak ubah. Secara tak langsung dia cuba ubah diri dia sendiri ke arah yang lebih baik.

Isteri yang suka fix perangai suami ni adalah isteri yang sentiasa menerima kekurangan suami. Dia redha dapat suami malas bangun pagi, dan dia cuba dengan sabar melentur semula agar suaminya dapat bangun subuh awal. Mungkin diawal perkahwinan geram juga ye bila kejut suami, bergegar satu rumah.

Berkat kesabaran seorang isteri, tidak mustahil suami itu boleh jadi orang pertama buka lampu di surau.

Isteri yang suka menegur suami juga terbaik sebab dia nampak suaminya sebagai insan yang baik, yang mampu berubah jadi lebih baik. Sebab itu dia asyik nak betulkan sebab dia percaya, suaminya itu insan yang hebat.

Saling membetulkan dan mengakui kesilapan bila ditegur adalah satu formula yang agak penting dalam rumahtangga. Perlu ada campur tolak yang seimbang antara suami dan isteri untuk dapatkan persamaan yang ideal. Bukan nak 100 peratus sempurna pun. Cukuplah sekadar mana yang mampu.

Andai setiap isteri ambil peranan begini, bukan suami sahaja boleh diubah, dunia juga akan turut berubah.

Suami banyak ubah saya untuk jadi insan yang lebih baik.

******** 


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen