Jangan Kahwini Wanita Seperti Ini Jika Tidak Mahu Menyesal.

Ramai wanita berharap hubungan menuju gerbang perkahwinan. Tetapi, tidak dengan lelaki. Kaum Adam ini belum tentu akan menjadikan hubungan cinta biasa menjadi sebuah perkahwinan. Sebabnya, lelaki mempertimbangkan dan ada kriteria dalam memilih calon isteri. Sesetengah wanita dijauhi oleh lelaki. Untuk mengetahui alasannya, di bawah jenis-jenis wanita yang enggan dinikahi lelaki.



Rasa boleh mendapatkan semua milik lelaki.

Wanita yang berfikir boleh mendapatkan apa yang dimiliki lelaki dengan mudah hanya dengan berkahwin adalah jenis yang suka memanfaatkan. Mereka berfikir untuk apa bekerja, jika segala wang dan harta suami boleh dimiliki.




Ada persepsi negatif tentang perkahwinan.

Tidak semua orang mempunyai persepsi baik tentang perkahwinan. Ada wanita menganggap perkahwinan sebagai tempat menyelamatkan diri dari kejamnya dunia. Wanita yang hanya ingin mendapatkan kesenangan sahaja dalam perkahwinan dan tidak mahu berjuang sebaiknya ditinggalkan.


Pernah curang.

Ini sangat jelas, untuk apa berkahwin dengan wanita yang tidak setia. Jika belum berkahwin dia sudah berani bermain dengan lelaki lain, bagaimana jika sudah berkahwin? Apabila anda mengetahui wanita itu curang, jangan fikir panjang, segeralah tinggalkan dia. Demikian dipetik dari Stephanspeaks.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen