Apa Akan Jadi Pada Minda Kita, Jika Terlalu Ketagih Dengan Telefon Bimbit? Jom Baca!

Menurut kajian yang dilakukan oleh Microsoft Canada mendapati bahawa pada tahun 2008, purata tempoh masa untuk seseorang memberi perhatian kepada suatu perkara tanpa terganggu adalah 12 saat. 5 tahun selepas itu, ianya menurun kepada hanya lapan saat sahaja, satu saat kurang daripada tempoh perhatian (attention span) seekor ikan emas. Mengejutkan!

Pernah anda tertidur dalam keadaan memegang telefon, dan apabila bangun pagi, kepala anda sakit dan tidak berasa ‘segar’?

Dr Lynn Gribble dalam ucapannya menerangkan bahawa kekerapan memeriksa dan menatal skrin telefon dapat meningkatkan masalah kebimbangan (anxiety). Mengapa? Kerana aktiviti ini akan membuatkan minda anda sentiasa rasa sibuk, waspada dan akhirnya akan berasa penat.

Otak Hanya Dapat Fokus Dengan Baik Kepada Satu Kerja Dalam Satu Masa

Perkataan ‘multi-tasking’ sentiasa menjadi perkataan yang dibangga-banggakan. Kononnya, orang yang mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa, ialah orang yang produktif dan menggunakan masa dengan sebaiknya. Namun bagaimana pula dengan kualiti kerja tersebut?

Ramai saintis telah melakukan kajian bahawa otak manusia hanya dapat fokus dengan baik kepada satu kerja sahaja dalam satu masa.

“Manusia tidak dapat melakukan banyak kerja dengan baik dalam satu masa, mereka hanya diperdayakan oleh otak mereka” - Ear Miller (Neurosaintis)

Hakikatnya kita hanya melompat dari satu tugasan ke satu tugasan yang lain dengan kadar yang cepat. Hasilnya, kualiti tugasan berkurang kerana terpaksa membahagikan perhatian kepada dua kerja dalam satu masa.

Namun mujurlah perkara ini boleh diubah dengan latihan. Otak sebenarnya suatu organ yang bersifat fleksibel. Aktiviti neuron yang berlaku di dalamnya unik dan berubah-ubah. Ada beberapa perkara yang boleh kita amalkan untuk kembali meningkatkan fokus dan menajamkan fikiran iaitu dengan cara....

  • Latih minda untuk fokus kepada kerja dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 minit tanpa gangguan.
  • Kemudian, ambil masa untuk berehat beberapa minit dan sambung semula 20 minit.
  • Susun prioriti tugasan supaya tidak bercampur.
  • Membaca buku yang sebenar (bukan buku elektronik).
  • Fokus kepada apa yang anda lakukan tanpa gangguan telefon (contohnya ketika makan dan berbual dengan rakan).

Anda akan teruja bagaimana aktiviti ringkas ini dapat menjadikan kerja anda lebih berkualiti, proses berfikir secara kreatif dapat berkembang dan anda dapat berfikir dengan lebih mendalam.

Kita adalah pengguna teknologi, bukan digunakan oleh teknologi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen