Cara Yang Betul Untuk Seorang Bapa Berkomunikasi Dengan Anaknya. Jom Ikuti Nasihat Lelaki Ini.

Bukan sahaja isteri yang bergelar ibu perlu belajar untuk berkomunikasi pada anak-anak, para bapa juga tidak terkecuali. Jangan mengharapkan pada ibu seorang sahaja untuk mendidik anak-anak kelak, kerana anak kecil juga perlu dididik sama-rata oleh ayahnya. Ini akan mempengaruhi tumbesaran anak-anak menjadi lebih baik.

Jom ikuti perkongsian dari bapa tunggal, Khairul Abdullah ini, tentang bagaimana dia cuba berinteraksi dan berkomunikasi dengan anak-anaknya…

********

Semalam sekitar jam 3 pagi Khaleef menangis. Saya pergilah pujuk dan angkat dia ke katil untuk tidur bersama saya. Saya peluk namun dia tolak.

Katanya dia tak sayang saya lagi.

Eh, tiba-tiba pulak tak sayang daddy ni kenapa?

"Why dont you listen to me last time?".

Rupanya saya tertidur ketika dia sedang bercerita. Lalu dia tidur sambil merajuk. Bila dia terjaga dia masih merajuk dan sambung menangis.

"Daddy penat sangat, daddy tertidur. I'm sorry ok, i love you"

"Dont do that again, okay?"

Dia hanya berhenti menangis bila saya mohon maaf sambil peluk dia.

Khaleef sangat suka bercerita. Dari cerita keretapi, kapal angkasa, thunderstorm, titanic, kapal terbang dan segala jenis cerita, cuma kadang-kadang saya tertidur.

"Daddy why you sleep? Don't sleep lah"

Dia mudah terasa bila tidak dapat respons. Ketika dia bercakap atau bercerita kita perlu respons. Tak boleh dengar sahaja.

Begitu juga dengan si adik. Walaupun tidak kuat rajuknya seperti si abang, namun mereka ni nakkan respons.

********

Jadi, saya belajar beberapa perkara.

1. Sebagai bapa, saya perlu menjadi seorang pendengar yang responsif. Saya tak boleh sekadar mendengar. Kalau dia bercerita tentang kapal terbang maka saya perlu tanya tentang saiz, warna, berapa propeller, terbang tinggi ke rendah dan sebagainya

2. Jadi responsif ni adalah ada komunikasi 2 hala. Perlu mengeluarkan suara juga samada bertanya kembali atau mengiyakan.

"Oh really?"

"Wow"

"It's amazing"

"It's so cool"

Itulah antara ayat-ayat wajib saya yang menggembirakan dan buat dia excited bila bercerita. Dia rasa saya faham apa yang dia ceritakan. Bila dia happy maka semua benda jadi mudah.

3. Bila dipanggil pula harus segera sahut. Kalau dah masuk beberapa kali dia panggil dan kita buat tak tahu maka terus i dont love you anymore. Walaupun dia di bawah dan saya di atas, bila dengar sahaja panggilan terus kena sahut.

4. Bila bercakap kena pandang muka dia. Tak boleh pusing tempat lain apatah lagi kalau tengok handphone. Selagi tak pandang dia selagi tu dia akan cakap "look at me, look at me". Kena fokus dan sentiasa respons.

5. Dan satu lagi, bila dia datang hendak tunjukkan atau cerita sesuatu dan saya cakap tunggu sekejap, maka kena sekejap sahaja. Jangan lepas tu bila dia datang balik dan saya suruh lagi dia tunggu juga maka akan terus merajuk.

Begitulah.

Saya rasa semua anak-anak begitu. Mereka ada mak atau ayah untuk mereka bercerita atau mengadu sesuatu. Mereka mahukan perhatian kita dan mudah merajuk kalau tak dapat. Anak saya kalau merajuk terus lari sembam muka ke bantal atau sofa dan kadangkala menangis. Kalau dulu bolehlah lari dan mengadu dengan ibunya.

Sekarang tidak lagi.

********

Pada para lelaki yang mahu berumah tangga atau yang bakal menjadi bapa, contohi kisah ini untuk dijadikan sebagai Iktibar. Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen