Antara Kesan Apabila Terlalu Memaksa Pasangan Untuk Mesra Dengan Ipar Duainya.

Dalam hubungan kekeluargaan, pasti kita inginkan suasana yang harmoni dan bahagia. Tidak kira bersama dengan siapa sahaja termasuk dengan keluarga mertua dan ipar duai. Setelah berkahwin, pasangan bukan sahaja berkenalan antara satu sama lain, tetapi perlu juga untuk mengenali dengan ipar duainya juga. Tidak terkecuali.

Namun sedemikian, adakah perkenalan itu hanya setakat itu sahaja? Atau menjadi lebih rapat?

Sebahagian daripada kita akan memastikan pasangan boleh ‘ngam’ dengan keluarga kita supaya tidak berasa kekok. Ada juga yang TERLALU MEMAKSA pasangannya untuk menjadi seperti sahabat baik dengan adik-beradiknya sendiri kerana mahu hubungan itu erat sebagai keluarga.

Sentiasa bertanya khabar…

Sentiasa meluahkan perasaan atau masalah…

Sentiasa meluangkan masa bersama…

Seolah-olah seperti best friend forver…

Tidak semua daripada kita boleh ‘ngam’ dengan ipar duai kerana kita memiliki perasaan dan sikap yang berbeza. Bagaimana pula dengan individu yang introvert, dimana lebih suka berjumpa secara berkumpulan? Bukan menyombong, tetapi berhati-hati dengan tutur caranya.

Individu extrovert? Kelihatan dengan semua orang boleh ‘ngam’ dengan individu sebegini. Namun, apabila terlebih berbicara pasti ada yang terkecil hati dan terkilan sehingga menjauhkan diri kerana tidak selesa.

Jadi, jom lihat antara kesan apabila terlalu memaksa pasangan untuk bermesra dengan ipar duai…

1. Tak ikhlas.

Apabila kita dipaksa secara luaran, pasti hati merasakan seperti tidak rela untuk melakukan sesuatu perkara. Hati menjadi tidak ikhlas. Ketika hati tidak ikhlas, sudah pasti dari riak wajah sudah menunjukkan ekspresi muka yang tidak ikhlas.

Jika melakukan sesuatu yang tidak ikhlas, khuatir dalam hati mula memaki-maki, berkata-kata kasar atau mencarut dimana ia adalah perbuatan yang tidak elok. Ketika inilah hati dan perasaan mudah berbolak balik dan mudah dihasut dengan godaan syaitan untuk melakukan sesuatu perkara yang buruk terhadap mereka.

2. Hipokrit.

Hati yang tidak ikhlas sudah tentu membuatkan anda menjadi seorang yang hipokrit. Pada luaran anda kelihatan gembira dan senyum apabila berjumpa dengan mereka, namun dalam hati tiada siapa yang tahu. Anda mula menjadi pura-pura dan bertalam dua muka. Keadaan ini akan menjurus anda untuk ‘bergossip’ atau mengumpat tentang mereka pada sahabat baik anda.

Mengaibkan ipar duai pada pihak yang tidak berkenaan adalah sikap yang tidak elok dicontohi. Kecilnya dunia ini tiba-tiba sahabat baik anda sebenarnya kawan sekolah ipar duai anda, atau seumpama dengannya, pasti malu nanti.

Oleh itu, jangan terlalu memaksa sekiranya anda melihat pasangan seperti tidak mesra dengan ipar duai, kerana kita memiliki sikap yang berbeza. Ia perlu datang semula jadi dalam mengendalikan perasaannya untuk mencari persamaan dengan ipar duai. Ada sahaja yang boleh mesra, cuma tidaklah pula seperti bff.

Cara yang betul untuk mengeratkan hubungan dengan ipar duai adalah dengan tidak terlalu busy body atau mengambil tahu tentang urusan peribadi sebagai contoh dengan suami atau isteri ipar duai. Malah jangan suka membodek dan mengampu untuk menarik perhatian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen