Pada Mereka Yang Masih Single, Tanya 12 Soalan Ini Pada Diri Sendiri Jika Ingin Memperbaiki Hidup.

Kadang-kala pernah atau tidak anda terfikir tentang diri sendiri? Sepanjang hidup apa sahaja perkara yang anda telah lakukan, sama ada memberi manfaat pada orang lain atau hanya memberi keburukan sahaja.

Cuba duduk berseorangan....

Refleksi....

Muhasabah diri....

Adakah anda masih lagi tidak memiliki jodoh kerana dengan tindakan anda yang tidak sedar? Adakah anda sukar untuk mendapat kerja, mungkin kerana rezeki yang tidak berkat dari sebelum ini?

Apabila kita mempunyai masa untuk berfikir secara mendalam tentang diri sendiri, ia bukan sahaja membuatkan anda mampu berfikir dengan matang. Malah dapat berfikir sesuatu sebelum bertindak dimana anda tidak akan menyesal dikemudian hari.

Sentiasa berfikir akan membuatkan anda berhati-hati dalam membuat keputusan. Ia bukan sahaja mengubah tingkah laku, malah menjadikan anda seorang yang berfikiran secara rasional dan tidak terburu-buru. Ia juga membuatkan anda mula ingin memperbaiki diri sendiri. Mula memandang jauh kerana terdapat banyak soalan yang sebenarnya anda tidak mampu untuk memberi jawapan.

1. Semuanya bergantung pada soalan dibawah ini…

2. Bagaimana dengan tahap kesihatan saya sekarang?

3. Apa yang saya lakukan pada waktu lapang?

4. Pukul berapa biasanya saya tidur dan pukul berapa pula saya bangun?

5. Berapa kali saya menghubungi ibu bapa dalam sebulan?


6. Cukupkah solat lima waktu saya dalam sehari?

7. Adakah pemakanan saya seimbang dan sihat?

8. Bagaimana hubungan saya dengan rakan sekerja atau rakan sekelas?

9. Bagaimana dengan kualiti kerja saya?

10. Berapa banyak yang saya sedekahkan setiap bulan?

11. Adakah saya kerap marah dan melepaskannya di tempat yang tidak sepatutnya?

12. Apakah sumbangan saya kepada orang lain?

13. Apa yang saya lakukan apabila tertekan?

Hakikatnya, anda perlu sentiasa berbual dengan diri sendiri, barulah anda akan mula mendengar apa yang ingin diperkatakan dan apa yang diperlukan oleh badan. Melalui cara ini juga, anda dapat menilai sudut-sudut hidup yang masih boleh diperbaiki.

Adakah kualiti hidup anda semakin bagus dari hari demi hari dengan melalui soalan-soalan di atas? Jika tidak, teruskan berusaha untuk memperbaiki diri supaya mudah mendapat apa yang anda inginkan sebenarnya. Semuanya adalah takdir Allah SWT. Yakin pada-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen