Kata ‘Maaf’ Mampu Bentuk Peribadi Anak-Anak Dengan Lebih Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kata-kata maaf ini adalah salah satu cara yang sangat sukar untuk diluahkan oleh sesiapa pun. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai egonya yang tersendiri dan kata maaf ini mampu menjatuhkan ego tersebut. Namun apabila memiliki anak, kata maaf ini tersangat penting. Hal ini kerana, ia juga bertindak dalam pembentukan anak-anak anda.



Maaf’, antara perkataan wajib yang anda perlu ajar pada anak anda selain perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’. Walau bagaimanapun, mengajar anak mengungkapkan perkataan maaf tidak semudah yang disangka, apatah lagi jika anda sudah terlewat mengajarnya. Kanak-kanak yang sudah faham akan maksud perkataan maaf mungkin akan sukar mengungkapkannya kerana mereka berasa ego.

Bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak pula amat mudah untuk mengucapkan “Minta maaf” atau “I’m sorry” semata-mata bagi memuaskan hati ibu bapa mereka. Disebabkan itulah, ibu bapa perlu mendidik anak mengungkapkan kata maaf (dan juga memahami maksud kata maaf) sejak anak kecil lagi.

Kebaikan jika anak belajar minta maaf.

Mengajar kanak-kanak tentang cara meminta maaf adalah suatu proses yang berterusan. Terdapat banyak manfaat jika anak anda dapat mengekspresikan ‘minta maaf’ sama ada melalui perkataan atau bahasa tubuh. Antaranya ialah:

1. Kemahiran sosial kanak-kanak akan meningkat

2. Kanak-kanak belajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan

3. Kanak-kanak akan menjadi seorang yang bertanggungjawab akan segala tindakannya

4. Anak anda akan tahu menjaga perasaan orang lain

5. Mengajar anak menjadi berjiwa besar

6. Bagaimana ingin melatih anak memohon maaf



Jika kanak-kanak bertelagah, tidak kiralah antara adik-beradik, antara sepupu ataupun rakan sebaya, pasti mereka akan menyalahkan antara satu sama lain. Beritahu anak anda bahawa tidak semestinya orang yang bersalah sahaja perlu minta maaf. Kanak-kanak boleh mengucapkan kata-kata seperti “Maafkan saya atas kejadian yang berlaku.”

Jika anak anda sukar untuk minta maaf, temani dia mengucapkan kata maaf bersama-sama. Namun, selalunya anak-anak memerlukan masa untuk bertenang dahulu sebelum boleh meminta maaf. Anak kecil kadangkala lebih mudah untuk memohon kemaafan dengan menggunakan medium lain seperti menulis di dalam kertas atau melukis gambar mahupun melalui perbuatan seperti memeluk rakannya atau memberikan bunga.

Jangan memaksa. Galakkan anak anda tanpa perlu memaksanya untuk mengucapkan kata-kata maaf. Anda hanya akan membuatkan situasi lebih teruk jika memaksa anak memohon maaf. Andai kata anak anda menurut kata anda ketika itu, perkataan maafnya tidak bermakna apa-apa sekali gus anda tidak dapat mengajarnya pengertian sebenar maaf.

Bantu anak anda untuk memahami pengertian minta maaf dengan bertanyakan sebab dia melakukan perkara tersebut dan benarkannya untuk meluahkan perasaan dan pendapat tentang situasi yang dialami. Perkara paling penting adalah membantu anak anda mengambil pengajaran dan bertanggungjawab atas perkara yang berlaku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen