5 Perkara Yang Perlu Anak Anda Pelajari Sebelum Masuk Sekolah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anak mula mencecah 5 atau 6 tahun, ramai ibu bapa mula mengambil langkah untuk menghantar anak-anak mereka ini ke sekolah. Tidak kiralah pra sekolah, tadika kemas ataupun apa-apa sahaja sekolah yang mampu membantu perkembangan anak-anak dengan lebih baik.

Jadi sebelum anda ingin menghantar anak anda ke sebuah sekolah terbaik yang menjadi pilihan anda, terdapat beberapa perkara yang perlu dirinya pelajari terlebih dahulu. Hal ini kerana, ia adalah satu perkara yang akan membantu anak-anak anda untuk lebih mudah berhadapan dengan satu persekitaran yang baru. Perkara yang bagaimana mereka perlu pelajari?



Berikut adalah perkara tersebut:

1. Kebersihan peribadi.

Pada masa ini, kanak-kanak sudah boleh mengingat pembelajaran asas. Oleh itu, anda perlu mengajar mereka cara mengekalkan kebersihan diri mereka. Ini bermakna, mereka perlu belajar tentang amalan mencuci tangan dengan sabun sebelum makan, tidak mengambil atau mencedok lauk menggunakan tangan di dalam pinggan hidangan, dan mencuci tangan selepas menggunakan bilik air atau menyentuh benda kotor di taman permainan. Tips-tips kecil ini boleh membantu melindungi kesihatan kanak-kanak daripada bakteria jahat yang ada di semua tempat.

2. Menjaga diri sendiri.

Tidak seperti di tadika atau prasekolah, guru di sekolah rendah lebih mengajar murid berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Ini kerana tugas guru di sekolah adalah hanya mengajar kanak-kanak di samping menguruskan kelas secara keseluruhan, bukannya menjaga setiap individu kanak-kanak. Jadi, anda perlu mengajar anak anda menguruskan diri mereka seperti membutang sendiri baju atau membuka zip seluar semasa di tandas, mengikat rambut dan mengikat tali kasut. Selain itu, kanak-kanak juga perlu diajar untuk membuka bekal makanan mereka dan menyimpan barang-barang mereka di dalam beg bagi mengelakkan kehilangan barang penting seperti buku atau duit.



3. Berkawan dengan orang lain.

Rakan-rakan memainkan peranan penting dalam pengalaman persekolahan kanak-kanak. Ini juga salah satu faktor yang mendorong anak untuk menyukai sekolah. Walaupun kanak-kanak mungkin boleh mengembangkan skil komunikasi mereka sepanjang tahun-tahun pembelajaran, namun skil bersosial mungkin mencabar buat permulaan untuk anak anda. Ibu bapa boleh membantu memudahkan anak dengan cara mengajar mereka peraturan sosial asas seperti berkongsi mainan dan snek dengan budak lain, atau tidak berkelakuan kurang sopan dengan menumbuk atau menggangu orang lain. Ibu bapa juga perlu mengajar anak mainan mudah dan seronok supaya kanak-kanak boleh mengajar dan bermain dengan rakan mereka.

4. Cari bantuan luar.

Di sekolah, guru-guru tidak akan selalu ada untuk melindungi atau membantu pelajar mereka. Inilah sebabnya mengapa ibu bapa perlu mengajar anak mereka untuk bersuara dan mencari bantuan jika memerlukan pertolongan tentang sesuatu perkara, memandangkan mereka tidak mampu melakukannya sendiri. Contohnya, jika anak dibuli, jika mereka tercedera ataupun jika anak anda kehilangan sesuatu barang yang penting.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen